Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Industri Rayu Sambung Program MARiiCas untuk 2026
Auto Terkini

Industri Rayu Sambung Program MARiiCas untuk 2026

Han OthmanBy Han Othman14/10/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERSATUAN Penjual Motosikal Elektrik Malaysia (PPMEM) merayu Kerajaan menyambung semula Program Rebat MARiiCas bagi 2026 berikutan ketiadaan sebarang pengumuman mengenainya dalam pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini.

Program MARiiCas sebelum ini dilaksanakan Institut Robotik Automotif dan IoT Malaysia (MARii) dengan sokongan Kementerian Kewangan (MOF), dilihat memainkan peranan penting dalam merancakkan pasaran motosikal elektrik (EV) tempatan sejak diperkenalkan.

Pengerusi PPMEM, Hong Eng Wah berkata, program rebat tersebut bukan sekadar meningkatkan kesedaran pengguna terhadap teknologi EV, tetapi membantu memperkukuh ekosistem industri dua roda tempatan.

Program MARiiCas ini memberi kesan langsung kepada jualan, pelaburan dan peluang pekerjaan. Tanpa kesinambungan, pertumbuhan industri motosikal EV boleh terjejas,” katanya.

MForce Kuasai 85 Peratus Pasaran EV Dua Roda

Antara pemain utama yang banyak menerima manfaat inisiatif MARiiCas ialah MForce Bike Holdings Sdn Bhd yang menjadi pengedar jenama Yadea dan Zeeho di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) MForce, Asri Ahmad berkata, syarikat itu kini menguasai hampir 85 peratus daripada jumlah motosikal EV yang dijual di Malaysia, sekali gus menjadi peneraju utama dalam pasaran tempatan.

Kami sudah membuat pelaburan besar, termasuk membuka barisan pengeluaran baharu, terutama untuk motosikal elektrik di kilang kami. Ini bukti komitmen MForce terhadap masa depan mobiliti hijau,” kata Asri.

Beliau menegaskan sambungan program rebat MARiiCas akan menjadi pemangkin penting untuk memastikan lebih ramai pengguna beralih kepada motosikal elektrik, sekali gus menyokong sasaran neutraliti karbon negara menjelang 2050.

Industri Perlukan Kepastian Dasar

PPMEM juga menggesa kelayakan rebat MARiiCas diperluas kepada lebih banyak model tempatan dan import, selain menambah baik mekanisme tuntutan supaya lebih cepat dan mesra pengguna.

Tanpa dasar jelas dan konsisten, banyak pengedar dan pengilang tempatan sukar merancang strategi jangka panjang, termasuk pelaburan teknologi, rangkaian pengecasan dan penyediaan servis selepas jualan.

Kerajaan MADANI sebelum ini menekankan komitmen terhadap agenda hijau, tetapi industri berharap kesinambungan MARiiCas dapat dikekalkan bagi memastikan transformasi ke arah mobiliti elektrik tidak terbantut.

Jika diteruskan, program tersebut bukan saja mengurangkan pelepasan karbon, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pasaran motosikal elektrik di rantau Asean.

Auto Terkini Belanjawan 2026 Institut Robotik Automotif dan IoT Malaysia (MARii) mariicas Persatuan Penjual Motosikal Elektrik Malaysia (PPMEM) Program Rebat MARiiCas Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.