• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Perkenal Warna Baharu Yamaha MT-15 (2021), Harga RM10.5k!

Indonesia Perkenal Warna Baharu Yamaha MT-15 (2021), Harga RM10.5k!

April 29, 2021 By Shawkath Leave a Comment

300
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Indonesia
memperbaharui seragam naked bike MT-15 (2021) dalam dua warna pilihan, iaitu Metallic Dark Gray (perak) dan Metallic Blue (biru) dengan grafik dekal lebih segar.

Kedua-dua warna baharu itu membantu meningkatkan imej moden model tersebut yang terlebih dahulu diperkenalkan di Thailand. Harga jualan ialah Rp37.13 juta (RM10,530).

Berikut perincian MT-15 (2021) versi Indonesia:

  • Model Metallic Dark Gray diberi dekal hijau Petronas dan jingga floresen pada sisi tangki minyak dan panel belakang. Warna rim dalam jingga floresen.
  • Model Metallic Blue pula mewarisi identiti sebenar Yamaha dengan kombinasi tona biru dan kelabu pada tangki minyak, manakala rim dibirukan. Grafik dekal pada panel sisi tangki minyak juga biru.
  • Tiada perubahan membabitkan spesifikasi enjin. Trenkuasa masih 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel VVA dan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.
  • Transmisi digunakan klac manual 6-kelajuan yang dilengkapkan teknologi klac antigelincir (A&S). Lampu depan jenis projektor LED dan diod LED untuk lampu belakang dan signal belok.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) emas di depan, dan sistem monoshock di belakang.
  • Naked bike ini memiliki berat 133kg, manakala kapasiti tangki minyak 10.4 liter dan tinggi pelana 810mm.
  • Kedua-dua bahagian roda menggunakan sistem brek cakera.

BACA >>> Yamaha MT-15 (2021) Thailand Kemas Kini Warna Baharu
BACA >>> Yamaha MT-15 Sudah Ada di Kedai, Harga (Cadangan) RM11,988!

Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 9
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 8
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 10
yam 2
yam
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 2
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 6
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 3
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 1
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 5
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 4
Yamaha MT-15 (2021) Indonesia - 7

SUMBER: IwanBanaran | Yamaha Indonesia

300
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Yamaha Indonesia, Yamaha MT-15, Yamaha MT-15 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my