Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»India Tawar KTM 250 Adventure (2023) dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k
Roda2

India Tawar KTM 250 Adventure (2023) dengan Varian Pelana Rendah, Harga RM13.7k

AryonBy Aryon03/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM India
melancar varian pelana rendah KTM 250 Adventure (2023) yang juga model advencer paling mampu milik di negara Aisa Selatan itu, iaitu pada harga 247,000 rupee (RM13,720).

Beberapa minggu lalu, KTM terlebih dahulu melancarkan varian pelana rendah untuk KTM 390 Adventure sebagai respons kepada maklum balas pelanggan .

Mengenai KTM 250 Adventure sedia ada, model itu memiliki tinggi pelana 855mm yang agak tinggi untuk penunggang bertubuh rendah. Namun kini varian pelana rendah menawarkan tinggi pelana 834mm yang menjadikan naked bike itu lebih mudah diakses ramai bakal penunggang di India.

Ciri dan komponen KTM 250 Adventure (2023) varian pelana rendah ini kekal tidak berubah seperti model sedia ada dengan menggunakan enjin sama 249cc berkuasa 29.66hp @ 9,000rpm, dan tork 24Nm @ 7,500rpm.

Transmisi manual 6-kelajuan disertakan bersama ciri klac antigelincir (slipper clutch). Ciri lain juga tidak berubah seperti lampu utama halogen dengan lampu LED untuk lampu siang (DRL), lampu belakang, dan signal belok.

Panel meter LCD digital penuh memaparkan maklumat seperti purata halaju, jarak baki petrol dan indikator posisi gear. Selain klac antigelincir, ciri elektronik diberikan ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran Off-Road dan soket 12V.

Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock boleh laras prabeban di belakang. Sistem brek dipasangkan brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper radia di depan dan brek cakera tunggal 230mm dengan kaliper apung di belakang.

Naked bike advencer ini dibina berasaskan frem trellis tubular dengan subfrem dan memiliki berat 177kg. Dengan tambahan varian baharu ini, KTM dijangka mampu meningkat jualan model tersebut di pasaran India.

BACA >>> Varian KTM 390 Adventure (2023) dengan Pelana Rendah Akan Lancar di India
BACA >>> KTM 390 Adventure, 250 Adventure (2022) dengan Warna Baharu, Ciri Diperhalusi

SUMBER: BikeWale

 

KTM 250 Adventure (2023) Pelana Rendah naked bike Naked Bike Advencer roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.