Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kenapa Tidak Ramai Pelumba Motocross yang KO Walaupun Kerap Jatuh Motor?
Autotainment

Kenapa Tidak Ramai Pelumba Motocross yang KO Walaupun Kerap Jatuh Motor?

Suffian XBy Suffian X15/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MOTOCROSS memang tidak asing lagi buat peminat dua roda dan menjadi antara sukan permotoran yang sangat berbahaya. Walaupun cuma melibatkan jentera bersesaran kecil dan sederhana, sekitar 250cc hingga 500cc sahaja, tetapi sukan lumba ini tiada beza pun dengan sukan permotoran lain. Tetap memerlukan kelajuan terhebat dan masa terpantas untuk bergembira di atas podium.

Jika mahu dibandingkan lumba kereta, asasnya lumba motor jauh lebih berbahaya kepada si pelumba, terutama ketika berlaku kemalangan. Seandainya, brader pembaca semua jatuh dari motosikal, memang tanah dan lumpur sajalah makannya. Motocross dan Supercross turut menambahkan lagi risiko bahaya sukan ini dengan kelajuan tinggi, dan trek yang padat dengan pelumba. Ini termasuk halangan dan aksi pelumba bersama jentera yang masing-masing sentiasa cuba beraksi lagak ngeri di udara.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Rahsia di Sebalik Nombor Pelumba MotoGP?

Walaupun berbahaya, sukan ini tetap jadi kegilaan ramai peminat sukan permotoran dan kerap juga menghiasi tajuk akhbar antarabangsa. Persoalannya, bagaimana pelumba-pelumba itu melakukan aksi tersebut tanpa mematahkan tulang setiap 5 minit? Apakah teknologi terkini dapat membantu tahap kemalangan? Mari kita baca dan ambil tahu.

ANTARA BAKAT DAN PENGALAMAN

Confident mesti ada!

Menurut pandangan pakar, pelumba novis kerap jatuh pada awal pembabitan kerana mereka masih belajar dan membiasakan diri. Ketika ini, mereka giat memaksa bakat, skil dan keghairahan masing-masing yang juga bertujuan untuk mencari tajaan. Jadi, pengalaman ketika sakitnya jatuh dan patah riuk sentiasa tersemat dalam minda mereka sebaik saja berstatus profesional.

Pelumba profesional juga tidak terkecuali daripada kemalangan, tetapi mereka lebih mampu mengawal diri ketika melakukan aksi berisiko tinggi, dan berwaspada ketika latihan. Ini kerana kecederaan yang menimpa mampu menghalang mereka melayakkan diri ke sirkit perlumbaan seterusnya. Ataupun menjejaskan prestasi terbaik sedia ada.

Naib Presiden Bell Helmets, Chris Sackett berkata, sukan motocross sangat kasar, berisiko tinggi dan agresif. Pelumba yang lebih berpengalaman akan melonjak lebih jauh, lebih tinggi dan lebih laju. Mereka tidak akan kerap mengalami kemalangan. Tetapi jika berlaku, kemungkinan kesan kecederaan ke atas mereka akan jadi cukup tragis dan memilukan.

BACA >>> #Spyshot: Kawasaki KX450F (2019) Diuji, Kini Prototaip Jentera Lumba Motocross Jepun

TEKNIK JATUHAN BADAN

Tersilap mengekang motosikal ketika silap lonjak boleh patah riuk!

Bergantung kepada pengalaman, bagi pelumba motocross, mereka digalakkan tidak melepaskan motor ketika sedang melonjak di udara jika berlaku kecelakaan. Teknik jatuhan seperti itu sangat berbeza dengan pelumba motosikal berkuasa tinggi yang dinasihatkan supaya melepaskan jentera ketika ditimpa nahas.

Brader jangan terkejut, jatuh pun ada tekniknya ya. Di luar konteks permotoran, cuba kita amati teknik mereka yang mendalami sukan parkour. Tanpa sebarang teknik, boleh patah riuk, patah tebu, dan 360°  dibuatnya, brader.

Pelumba motocross sangat mahir dengan teknik yang mampu mengurangkan impak akibat terjatuh. Begitu juga persamaan atlet parkour. Apapun, malang tetap tidak berbau. Sepandai-pandai tupai melompat, mesti jatuh ke tanah. Kenapa tupai dan tidak monyet, beruk atau orang utan? Apakah semua haiwan itu tidak pernah jatuh ke tanah jua? Sekadar mengajak berfikir.

BACA >>> McLaren Senna Lawan 3 Motocross Sempena Pelancaran Forza Horizon 4

Setiap teknik ada asasnya, dan bagi pelumba motocross, teknik menyelamatkan diri khas dilakukan ketika terjatuh secara vertikal adalah bertujuan memaksimumkan penggunaan suspensi dan komponen keselamatan motosikal yang berupaya menyerap impak hentakan dan mengurangkan kecederaan. Ramai pelumba baru lebih cenderung melompat dan melepaskan motosikal kerana panik ketika berdepan situasi mencemaskan di udara.

ELEMEN JENTERA

Walaupun seseorang pelumba motocross mempunyai fizikal yang kuat, sado, buas, bengis dan seumpamanya, mereka tetap perlu mula berlumba menggunakan jentera bersesaran kecil terlebih dahulu. Ini kerana, penunggang novis cenderung untuk panik dan bermasalah dalam membuat keputusan pantas yang memang sudah jadi fitrah manusia. Seringkali berlaku, kita dicurangi jentera bersesaran lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tahap pengalaman yang ada.

Ketahuilah tuan-tuan semua, mereka yang menunggang jentera di luar kemampuan seringkali panik dan cenderung menarik brek untuk berhenti. Seringkali juga bukan brek yang ditarik, tapi terotel pula yang dipulas tanpa sedar hingga motosikal yang ditunggang membawa mereka ke pokok, ke tanah, ke longkang, ke gaung dan ke rahmatullah.

Ada banyak kes penunggang cedera parah kerana tidak mampu mengawal jentera yang di luar kemampuan. Ingatlah, apabila nafsu menguasai keupayaan diri, kes-kes begini memang sering berlaku. Dan lebih malang, melibatkan kehilangan nyawa.

BACA >>> Wyatt Thurman, Baru 7 Tahun Sudah Menang Kejuaraan Motocross

EVOLUSI SUT DAN AKSESORI KESELAMATAN


Menurut pengeluar aksesori sukan motosikal Alpinestar, revolusi kejuruteraan material dan rekabentuk terkini berjaya menghasilkan pelbagai aksesori dan sut keselamatan perlumbaan yang lebih ringan, dan lebih kuat.

Pelumba hari ini dapat memakai pelbagai aksesori keselamatan bersama jersi lumba mereka. Kalau dulu, kita hanya dapat lihat pelumba memakai pelindung asas di luar jersi yang sekadar dapat mengelakkan kesan lebam teruk, dan serpihan batu dan tanah.

Tetapi kini, fokus pengeluar sut lebih kepada perlindungan penunggang terhadap impak tenaga halaju rendah dan sederhana. Boleh pula impak halaju tinggi tidak difokuskan, agaknya mungkin sebab lebih ramai yang mati daripada yang hidup. Kahkahkah! (sekadar terhibur sendiri).

Pengeluar sut keselamatan sedar, kesan kecederaan yang berlaku adalah lebih bersifat kitaran (rotational). Pada halaju rendah dan tinggi, kekerapan impak kecederaan pada tempat sama berkali-kali berisiko meningkatkan kesan trauma ke atas anggota tubuh seseorang pelumba tersebut.

Jadi,  elemen keselamatan pun berubah sama sekali. Pelindung lutut adalah antara kejayaan terbesar dalam ciptaan sut keselamatan menunggang dan terbukti menyelamatkan pelumba daripada pelbagai jenis kecederaan parah yang boleh menyebabkan mereka mengeluarkan duit KWSP lebih awal.

BACA >>> Alpinestars Limited Edition Cactus – Sut Menunggang Paling Berani dan Berkeyakinan

Begitu juga kit pelindung kaki ataupun but dengan ciri keselamatan yang sekarang jauh lebih mengagumkan berbanding dulu. Hasilnya, semua ciptaan itu kini menjadi berita baik buat pelumba kerana masing-masing dapat meminimumkan risiko kecederaan ketika berlumba.

Akhir kata buat brader pembaca yang dihormati, biarlah kawan kutuk rupa serupa Gaban, asalkan awek pandang masih tampan. Apa kena mengenai? Adiosss braderrr….

autotainment berani dirt bike motocross motorcross pelumba motocross sukan motocross sukan permotoran supermoto teknik tip tips
Suffian X

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    08/06/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    03/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.