Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»IJM Dapat Projek Sambungan Lebuhraya NPE, Struktur Semula Kadar Tol
Auto Terkini

IJM Dapat Projek Sambungan Lebuhraya NPE, Struktur Semula Kadar Tol

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Placa Tol Pantai Dalam Lebuhraya NPE
KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) memberi lampu hijau kepada IJM Corporation Bhd (IJM) untuk melaksanakan projek sambungan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan penstrukturan semula kadar tol NPE sedia ada.

Pihak Bahagian Tol Infrastruktur IJM yang menguruskan konsesi lebuh raya tersebut akan melaksanakan projek tersebut dengan kos pembinaan kira-kira RM1.4 bilion.

Lebuh Raya Bertingkat Sepanjang 15km

Peta Lebuhraya NPE

Projek sambungan itu membabitkan NPE bertingkat sepanjang 15km (termasuk laluan berarah) yang direka untuk menambah baik kesalinghubungan, membantu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan mobiliti di koridor utama Lembah Klang.

Menurut kenyataan IJM;

Projek sambungan NPE, dengan satu plaza tol baharu akan dibiayai sepenuhnya pemegang konsesi tanpa sebarang pembiayaan Kerajaan. Kerja pembinaan dijangka bermula suku ketiga 2025 dan lebuh raya ini disasarkan mula beroperasi pada 2029.

“Penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada memerlukan kadar tol semasa dikekalkan hingga tamat tempoh konsesi.”

Hubungkan Palaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana

Logo Lebuhraya NPE

Sambungan NPE akan menghubungkan Plaza Tol Pantai Dalam secara langsung ke Persimpangan Jalan Istana melalui Jalan Syed Putra yang menghubungkan tiga lebuh raya utama – NPE, Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Laluan Istana-Kiara (LIKE) yang bakal dibina.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM, Datuk Lee Chun Fai berkata;

“Kelulusan ini adalah pencapaian penting dalam usaha kumpulan untuk menambah baik mobiliti bandar di Lembah Klang. Sambungan NPE ini direka bukan hanya untuk aliran trafik lebih efisien tetapi juga mengurangkan masa perjalanan dan menyokong perjalanan harian pengguna dan perniagaan dengan mengurangkan tekanan (kesesakan) di laluan utama bandar.”

Bagi menyokong perjalanan masa depan, sambungan NPE akan dilengkapi infrastruktur pintar seperti Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), pemantauan CCTV masa nyata bersepadu, lampu jalan pintar dan kawasan hentian rehat baharu dengan kemudahan stesen pengecasan pantas untuk kenderaan elektrik (EV).

Auto Terkini IJM Corporation Bhd. (IJM) Kementerian Kerja Raya (KKR) Lebuhraya Pantai Baru (NPE) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Malaysia Lancar Kempen ‘Hybrid Done Right’, Tempahan All-New Prelude Kini Dibuka

    06/04/2026
    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
    Roda4

    #NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

    05/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.