• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #IAA2017: Suzuki Swift Sport (2018) yang Lebih Ringan, Kuat dan Tangkas - 138hp, 230Nm

#IAA2017: Suzuki Swift Sport (2018) yang Lebih Ringan, Kuat dan Tangkas - 138hp, 230Nm

September 13, 2017 By Azhan O 1 Comment

635
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Swift Sport generasi ke-3 akhirnya menampilkan diri sempena Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017. Seperti dijangka hot-hatch dari Jepun itu menggantikan enjin aspirasi natural (NA) 1.6L kepada enjin baharu, 1.4L Booster Jet berkuasa 138hp dan tork 230Nm.

Model baharu tersebut juga lebih ringan, 80kg berbanding versi terdahulu dengan berat keseluruhan cuma 970kg. Terima kasih kepada platfom baharu digunakan yang bukan hanya lebih ringan, tetapi juga lebih kuat dan selamat.

Enjin 1.4L Booster Jet itu memiliki ciri suntikan terus, manifold ambilan short-port dan disepadukan kepada manifold ekzos kepala silinder. Masih mengggunakan khidmat transmisi manual 6-kelajuan yang sama digunakan dalam model terdahulu, tetapi kotak gear Swift Sport baharu ini ditala semula untuk lebih lembut, selesa dan tajam.

Suspensi depan menggunakan peredam Monroe bersama bar anti-oleng tipis, manakala hab dan bering roda kini digabungkan menjadi unit tunggal untuk menghasilkan kualiti rigid lebih baik. Lengan trel (trailing-arm) pada suspensi belakang direka khas untuk Swift Sport, manakala rigiditi toe atau sudut simetrik setiap roda dipertingkat 1.4 kali berbanding model lama, termasuk tiga kali ganda untuk rigiditi kamber.

RINGAN DAN PANTAS

Ketua Jurutera Suzuki Swift Sport (2018), Masao Kobori mendakwa hot-hatch tersebut kini lebih ringan, tajam dan pantas.

Ia lebih agresif dan emotif, tetapi kami juga memperhalusi semula elemen yang membuatkan ia praktikal untuk kegunaan harian - fiil klac, anjakan transmisi manual, kerusi dan roda stereng."

Bagaimanapun, Suzuki belum sudi mendedahkan sebarang angka prestasi.  Melihat rupa luaran, rim aloi 17-inci dipadukan bersama tayar 195/45. Rekabentuk depan menampilkan rekabentuk berperingkat bagi gril sarang lebah (honeycomb), manakala kemasan gaya gentian karbon boleh dikesan pada lip depan, skirt sisi dan difuser belakang.

BACA >>> Lagi Foto Perincian Suzuki Swift Sport Menjelang Pameran Motor Frankfurt 2018


Ruang dalaman menyerlahkan aksen merah bersama panel instrumen dengan warna kontras, termasuk tolok suhu dan boost baharu. Memberikan lebih semanggat sporty pada Swift Sport (2018) ialah set kerusi semi-bucket, dan roda stereng bentuk-D berserta dan tombol gear kemasan krom. Lagi, sistem infotainment 7-inci dengan navigasi 3D dan sambungan Bluetooth turut dihidangkan.

Tidak dilupakan ciri keselamatan impresif menerusi sistem keselamatan aktif membabitkan Pengesanan Depan Termaju (AFD), Sokongan Brek Sensor Dual, Amaran Tukar Lorong (LDW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Artikel Berkaitan

635
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1AA 2017, hot-hatch, IAA 2017, Pameran Motor Frankfurt 2017, Roda4, Suzuki, Suzuki Swift Sport (2018)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my