• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Santa Fe (2021) Facelift yang Lebih Sporty dengan Pilihan Enjin Hibrid

Hyundai Santa Fe (2021) Facelift yang Lebih Sporty dengan Pilihan Enjin Hibrid

June 5, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI kini dalam fasa memperkasakan rekabentuk barisan produk jenama itu dan ini dapat dilihat pada Sonata dan i20 baharu yang tampil begitu menyerlah selain model sedia ada seperti Elantra dan Veloster.

Terbaharu, Hyundai membuat kejutan menerusi Sante Fe versi dipertingkat (facelift). Siapa sangka kenderaan utiliti sukan (SUV) besar itu boleh diubah menjadi jentera sporty.

Santa Fe bakal menyambut ulang tahun ke-20 di Eropah sejak 2001. Di pasaran tempatan, ia bukan model asing kerana sudah dijual sejak generasi pertama lagi.

Santa Fe(2021) ditampilkan dengan bahagian depan berani dan garang yang meneruskan tradisi terdahulu. Selain imej baharu, model ini juga buat kali pertama ditawarkan dengan trenkuasa hibrid dan hibrid plug-in (PHEV).

Bahagian depan SUV saiz pertengahan ini meneruskan konsep terdahulu dan kini dengan komponen lebih menyerlah. Bukaan gril dibesarkan hingga sisi dan diapit lampu utama. Juga mengikut trend, lampu bertingkat dan bahagian atas dipasangkan lampu siang (DRL) LED yang membelah bahagian lampu utama dengan huruf T. Dari sisi, karakter sporty diserlahkan dengan gerbang roda lebar.

Rim pilihan 20 inci dan panel sisi sewarna dengan badan serta tambahan bawah bampar depan belakang nampak sepadan dengan imej berani dibawa. Penampilan itu sebahagian pakej mewah, Luxury Package yang ditawarkan kepada pelanggan.

Bahagian belakang diubah dengan lampu bercorak dalaman baharu. Bersambung kanan dan kiri lampu adalah panel horizontal merah menggantikan panel krom terdahulu,

Bahagian papan pemuka masih sama dan diperkemas dengan konsol tengah apung dan tombol gear berserta kawalan yang digantikan kluster butang. Dua keputusan tersebut selain skrin tengah saiz 10.25 inci berjaya menaikkan imej sofistikated Santa Fe dan nampak premium setara SUV buatan Jerman.

Trenkuasa belum didedahkan secara terperinci selain mengatakan Santa Fe (2021) sebagai model Hyundai pertama Eropah ditawarkan enjin hibrid Smartstream dan PHEV. Sebagai rujukan, Santa Fe sedia ada di pasaran tempatan ditawarkan dalam dua pilihan enjin: 2.4L Theta II MPi petrol dan 2.2L R CRDi diesel turbo.

Santa Fe (2021) dijadualkan memasuki Eropah bermula September ini.

BACA >>> Hyundai i10 (2020) Masuk UK, Harga Bermula RM67k

New Hyundai Santa Fe (2)
New Hyundai Santa Fe (1)
New Hyundai Santa Fe (3)
New Hyundai Santa Fe (4)
New Hyundai Santa Fe (5)
New Hyundai Santa Fe (6)
New Hyundai Santa Fe (7)
New Hyundai Santa Fe (8)
New Hyundai Santa Fe (9)
New Hyundai Santa Fe (10)
New Hyundai Santa Fe (11)
New Hyundai Santa Fe (12)
New Hyundai Santa Fe (13)
New Hyundai Santa Fe (14)
New Hyundai Santa Fe (15)
New Hyundai Santa Fe (16)
New Hyundai Santa Fe (17)
New Hyundai Santa Fe (18)
New Hyundai Santa Fe (19)

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Santa Fe, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev