Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai INSTER 2025 Menang Anugerah EV Terbaik Dunia 2025!
Auto Terkini

Hyundai INSTER 2025 Menang Anugerah EV Terbaik Dunia 2025!

Abang HirataBy Abang Hirata10/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Hyundai INSTER 2025 Auto Shanghai

HYUNDAI INSTER 2025, juga dikenali sebagai Casper Electric menerima pengiktirafan berprestij sebagai Kenderaan Elektrik Terbaik Dunia (WEV) 2025 sempena Anugerah Kereta Terbaik Dunia (World Car Awards, WCA).

Pencapaian itu ialah tahun keempat berturut-turut untuk sebuah model daripada Hyundai Motor Company yang mendahului satu atau lebih kategori dalam WCA, sekali gus mengukuhkan kedudukan Hyundai dalam industri automotif.

Hyundai IONIQ 5 N
Hyundai IONIQ 5 N

Pengiktirafan tersebut juga sebahagian siri kejayaan Hyundai selain kemenangan diraih sebelum ini seperti Hyundai IONIQ 5 N (foto atas) sebagai Kereta Prestasi Dunia 2024, dan IONIQ 6 serta IONIQ 5 yang masing-masing meraih gelaran pada 2023 dan 2022.

Anugerah Diraih Hyundai IONIQ 6 2023

Hyundai IOINQ 6 2023
Hyundai IOINQ 6 2023
  • Kereta Terbaik Dunia (World Car of the Year)
  • Kenderaan Elektrik Terbaik Dunia (World Electric Vehicle)
  • Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (World Car Design of the Year)

Anugerah Diraih Hyundai IONIQ 5 2022

  • Kereta Terbaik Dunia (World Car of the Year)
  • Kenderaan Elektrik Terbaik Dunia (World Electric Vehicle)
  • Rekabentuk Kereta Terbaik Dunia (World Car Design of the Year)

Sebagai EV subkompak, Hyundai INSTER 2025 menonjolkan rekabentuk, jarak pemanduan, dan teknologi moden terbaik.

Keupayaan pengecasan pantas membolehkan bateri dicas 10 hingga 80 peratus dalam masa kira-kira 30 minit menggunakan stesen pengecas pantas (DC) bkuasa tinggi (sekurang-kurangnya output 120kW).

Model jarak jauh 49kWj boleh dipandu hingga 370km (dengan rim 15 inci) sekali cas, manakala bateri standard 42kWj pula menawarkan julat pemanduan hingga 327km (dengan rim 15 inci).

Kedua-dua pilihan bateri itu dikuasakan satu motor elektrik berkuasa 71.1kW (97ps) untuk varian asas dan 84.5kW (115ps) untuk varian jarak jauh, dengan kedua-dua model menawarkan daya tork 147Nm. Anggaran penggunaan tenaga pula 14.9kWj/100km (mengikut ujian WLTP).

Kriteria Kelayakan Anugerah WEV

Bagi melayakkan menerima anugerah teratas WEV, sesebuah model perlu memenuhi syarat berikut:

  • Dijana sepenuhnya motor elektrik: Kenderaan tersebut wajib menggunakan hanya satu atau lebih motor elektrik sebagai sumber kuasa utama.
  • Pengeluaran minimum: Jumlah unit dihasilkan mesti sekurang-kurangnya 5,000 unit setahun.
  • Ketersediaan pasaran global: Model tersebut perlu dijual sekurang-kurangnya di dua pasaran utama berbeza, membabitkan minimum dua benua berasingan.
  • Tempoh jualan: Kenderaan tersebut mesti berada di pasaran dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 Mac 2025.

Juri Kalangan 96 Wartawan Automotif Antarabangsa dari 30 Negara

Dua model teratas di bawah Hyundai INSTER 2025 adalah:

  • Kia EV3
  • Porsche Macan Electric

Finalis Lain

  • Volkswagen ID. Buzz
  • Volvo EX90

Spesifikasi Hyundai INSTER 2025

Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025

Berikut spesifikasi Hyundai INSTER 2025:

  • Dimensi panjang 3,825mm, lebar 1,610mm dan tinggi 1,575mm, manakala jarak roda 2,580mm
  • Ruang kepala depan 1,028mm, bumbung suria 987mm dan belakang 982mm
  • Ruang kaki depan 1,050mm, belakang 885mm, dan tempat duduk belakang gelongsor (811mm-958mm)
  • Ruang but 280 liter hingga 351 liter (tempat duduk belakang gelongsor)
  • Pilihan bateri standard: 42kWj, dan jarak jauh: 49kWj
  • Output kuasa 71.1kW (standard) dan 97ps, dan jarak jauh 84.5kW dan 115ps
  • Kelajuan 140kmj (standard), dan jarak jauh 150kmj
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 11.7 saat (standard) dan 10.6 saat (jarak jauh)
  • Masa pengecasan AC (11kW OBC) Standard: 4 jam (16A), dan jarak jauh: 4 jam 35 minit (16A)
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
Hyundai INSTER 2025 menang anugerah WEV 2025
hyundai Hyundai Casper Hyundai Casper Electric Hyundai INSTER Hyundai INSTER 2025
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.