Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai dan Kia Berjaya Keluarkan Produk Teknologi Acuan Komposit Bebas Cat, Guna Pada Spoiler Bumbung
Auto Terkini

Hyundai dan Kia Berjaya Keluarkan Produk Teknologi Acuan Komposit Bebas Cat, Guna Pada Spoiler Bumbung

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Matlamat utama dalam penggalakan kenderaan berteknologi elektrik ialah kelestarian alam sekitar.

Ruang lingkup alam sekitar memang besar dan tidak cukup dengan rangkaian kuasa sahaja. Dari situ negara dan pengeluar bergerak ke arah neutral karbon.

Kesannya boleh dilihat apabila pengeluar menggunakan perkakasan yang lebih lestari sebagai contoh plastik kitar semula. Kaedah pembuatan juga lebih mesra alam.

Terbaru Hyundai Motor Company dan Kia Motors memaklumkan kejayaan dalam pengeluaran besar-besaran teknologi acuan komposit bebas cat.

Produk yang dihasilkan mempunyai kemasan atau permukaan yang licin dan kuat tanpa perlu melalui proses mengecat seperti biasa.

Kaedah pengeluaran itu digunakan buat kali pertama dalam menghasilkan spoiler bumbung van elektrik Hyundai ST1 Cargo.

Teknologi pengacuan komposit bebas cat adalah kaedah pengeluaran generasi baharu yang menggunakan bahan komposit plastik bagi menghasilkan perkakasan luar kenderaan tanpa cat tambahan.

Satu ciri utama kaedah ini ialah memaksimumkan kesan pengurangan pelepasan karbon semasa proses pengeluaran dengan menggunakan bahan mentah berwarna bersama lapisan lutsinar dan lapisan berwarna bagi menggantikan proses pengecatan biasa.

Kaedah dan faedah teknologi acuan komposit bebas cat

Kaedah:

  1. Bahan mentah berwarna dipanas dan dilembutkan.
  2. Diletakkan di dalam acuan untuk menghasilkan produk akhir sebagai contoh spoiler bumbung.
  3. Poliuretana dan gentian kaca dimasukkan di dalam acuan dan ditekan sekali lagi ke dalam acuan untuk menyiapkan produk akhir.

Faedah:

  • Kaedah sebelum ini memerlukan kerja-kerja menggosok dan mengecat untuk menghasilkan spoiler bumbung.
  • Kilang mengecat badan merupakan bahagian terbesar yang menggunakan tenaga di dalam proses pengeluaran kereta iaitu sebanyak 40%.
  • Dari segi mutu, kaedah ini mampu menghasilkan kilatan tinggi berbanding teknik pengecatan biasa selain warna yang sekata.
  • Warna asal kekal apabila berlaku kerosakan pada perkakasan.
  • Bahan komposit yang digunakan lebih daripada 20% lebih ringan daripada Plastik Bertetulang Gentian (FRP) berbanding kaedah pembuatan spoiler bumbung sedia ada.
  • Lebih ringan bermakna kecekapan dapat ditingkatkan.

Hyundai dan Kia percaya teknologi bahan komposit tidak bercat mempunyai keanjalan acuan yang tinggi dan boleh dibuat dalam pelbagai warna dan boleh digunakan pada perkakasan lain yang memerlukan jumlah kecil.

Pembangunan teknologi bahan komposit akan diteruskan lagi termasuk menggunakannya untuk pengeluaran perkakasan seperti panel hud.

Kaedah pengeluaran:

Spoiler bumbung Hyundai ST1 Cargo:

 

hyundai Kia
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.