Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai, Kia Bangunkan Tayar Dawai Keluli Guna Bahan Kitar Semula
Auto Terkini

Hyundai, Kia Bangunkan Tayar Dawai Keluli Guna Bahan Kitar Semula

Abang HirataBy Abang Hirata23/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Hyundai dan Kia cipta tayar dawai keluli mesra alam.

HYUNDAI Motor Company (Hyundai) dan Kia Motors (Kia) mengumumkan kejayaan penting dalam pembangunan teknologi tayar mampan.

Kedua-dua syarikat itu membangunkan dawai keluli (steel belt) untuk tayar daripada bahan kitar semula, yang bukan saja meningkatkan prestasi tayar, tetapi dapat mengurangkan emisi karbon dioksida ketika proses pengeluaran.

Komitmen ke Arah Neutral Karbon

Selaras perjanjian antarabangsa dan pelbagai peraturan alam sekitar, syarikat global kini giat berusaha mengurangkan emisi karbon sepanjang kitaran hayat produk, daripada pengeluaran bahan mentah hingga pelupusan.

Hyundai dan Kia juga tidak terkecuali mempercepatkan pembangunan pelbagai teknologi bagi mengurangkan emisi karbon di seluruh rantaian nilai dengan sasaran mencapai neutraliti karbon menjelang 2045.

Sebagai sebahagian usaha itu, satu sistem penyelidikan bersama dibentuk pada 2023 bersama Hyundai Steel, HS Hyosung Advanced Materials dan Hankook Tire. Kerjasama tersebut bertujuan membangunkan dawai keluli tayar yang dapat mengurangkan karbon peringkat global.

Teknologi Dawai Keluli Karbon Rendah

Dawai keluli ialah komponen penting dalam tayar yang dipasang dalam lapisan getah tayar, dan berfungsi menyokong beban dan mengurangkan perubahan bentuk (deformation), serta seterusnya meningkatkan keselamatan pemanduan dan ketahanan.

Justeru komponen itu perlu kekal berprestasi tinggi sepanjang jangka hayat tayar, dan memerlukan piawaian kualiti ketat dan kekuatan tinggi.

Melalui penyelidikan bersama, Hyundai dan Kia menghasilkan dawai keluli yang mengurangkan emisi karbon secara ketara. Berbeza kaedah konvensional menggunakan bijih besi dalam relau bagas, dawai keluli baharu itu menggunakan lebih 80 peratus bahan kitar semula, termasuk besi sekerap, yang dileburkan dalam relau elektrik.

Kaedah itu dapat mengurangkan emisi karbon dioksida sebanyak 22 peratus ketika proses pengeluaran. Pengurangan itu bersamaan lebih 3kg (kgCO2-eq) setiap kenderaan, iaitu jumlah serupa dengan karbon dioksida yang diserap satu pokok oak setiap tahun.

Prestasi Unggul, Aplikasi Masa Depan

Dawai keluli karbon rendah itu bukan saja mesra alam, tetapi menawarkan prestasi luar biasa. Ia menggunakan teknologi rawatan haba khas yang dioptimum untuk bahan kitar semula dengan menghasilkan prestasi ultra tegangan tinggi (ultra-tensile, UT).

Ini memastikan pemanduan dan pengendalian stabil walaupun dalam persekitaran mencabar. Tayar yang dilengkapi dawai keluli itu dirancang dipasang berperingkat pada kenderaan Hyundai Motor Group pada masa depan.

Selain itu, Hyundai dan Kia turut memperkenalkan pelbagai teknologi bahan rendah karbon dan kitar semula seperti plastik kitar semula dan bahanbio.

Misalnya, ‘EV3 Study Car’ yang diperkenalkan tahun lalu mempamerkan masa depan kenderaan mesra alam generasi akan datang menggunakan bahan lestari berkenaan.

Hyundai dan Kia cipta tayar dawai keluli mesra alam.
Hyundai dan Kia cipta tayar dawai keluli mesra alam.
Hyundai dan Kia cipta tayar dawai keluli mesra alam.
Hyundai dan Kia cipta tayar dawai keluli mesra alam.
Hyundai dan Kia cipta tayar dawai keluli mesra alam.
Hyundai dan Kia cipta tayar dawai keluli mesra alam.
Hyundai dan Kia cipta tayar dawai keluli mesra alam.
aksesori Auto Terkini hyundai Hyundai Motor Company Kia Kia Motors Tayar Mesra Alam Tayat Dawai Keluli
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.