Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hyundai Bina Hotel Pertama Dunia Dikuasakan Kereta Elektrik!
Auto Terkini

Hyundai Bina Hotel Pertama Dunia Dikuasakan Kereta Elektrik!

Abang HirataBy Abang Hirata21/10/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA kelebihan sesetengah kereta elektrik adalah fungsi pengecasan atau bekalan tenaga kepada peranti elektrik.

Lain pula dengan Hyundai yang mendakwa mampu memberikan bekalan kuasa untuk sebuah hotel! Dalam tempoh 14 hari bermula 19 Oktober hingga 5 November ini, pelanggan boleh menikmati pengalaman menginap di Hotel Hyundai di Essex, Britain.

BACA >>> Hyundai Staria Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,888
BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!

Sebagai makluman, Hotel Hyundai bukan penginapan kekal dengan rating bintang tertentu, tetapi sebuah kabin mewah yang dilengkapkan beberapa kemudahan lain. Ia dibuat untuk pengguna merasai pengalaman tinggal dalam hotel yang dikuasakan kereta dan pertama seumpamanya di dunia.

Penginapan itu diperkenalkan daripada hasil penyelidikan Hyundai yang mendapati:

  • Hampir 46 peratus responden mengatakan kelestarian dan alam sekitar lebih penting buat mereka berbanding 5 peratus tahun apabila memilih penginapan percutian.
  • Sebanyak 25 peratus memilih percutian inap (staycation) berbanding perjalanan ke luar negara bagi mengurangkan jejak karbon dengan mengurangkan perjalanan menggunakan pesawat udara.
  • Sebanyak 40 peratus mencari pilihan perjalanan lebih murah tahun ini, dan 55 peratus mengakui keputusan itu dibuat berikutan krisis kos sara hidup semasa.
  • Hasilnya, 53 peratus mengatakan mahu berbelanja dalam ekonomi tempatan di Britain berbanding melancong ke luar negara.
  • Sebanyak 51 peratus memilih percutian inap berbanding melancong ke luar negara bagi mengelakkan tekanan gangguan perjalanan (travel disruptions), musim panas di Britain jadi lebih terik (26 peratus), dan menjimatkan wang (25 peratus).

Hotel jenis pop-up itu terdiri daripada beberapa bahagian seperti kabin mewah (tempat tinggal utama) dengan perkakasan daripada Colemans Farm. Perkakasan seperti lampu dan alatan lain dikuasakan IONIQ 5 yang disambungkan menggunakan fungsi Vehicle-to-Load (V2L).

Turut dilengkapi ialah restoran dan ruang menonton wayang. Menariknya, projektor, pembesar suara dan pembuat bertih jagung turut dikuasakan kereta elektrik.

Kereta IONIQ 5 menyalurkan tenaga kepada Hotel Hyundai melalui soket V2L yang membekalkan kuasa AC (230V/50Hz) sehingga maksimum 3.6kW (atau 15 Amp). Tahukah anda, IONIQ 5 juga ada di pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga bermula RM199,888.

BACA >>> IONIQ 5 N Lancar 2023! Hyundai Tayang Model Konsep Prestasi RN22e, N Vision 74
BACA >>> Hyundai IONIQ 5 (2023) Diperkenal untuk Pasaran Eropah dengan Lapan Varian

Auto Terkini Cuti Inap Hotel Hyundai Hyundai Hotel Hyundai Ioniq 5 Rumah Inap
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.