Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Horny Mike Henry Buat Demo Lukis ‘Airbrush’ atas Bonet Isuzu D-Max Z-Prestige
Auto Terkini

Horny Mike Henry Buat Demo Lukis ‘Airbrush’ atas Bonet Isuzu D-Max Z-Prestige

Han OthmanBy Han Othman19/10/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU Malaysia diberikan penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada HISTORY Convention 2017, yakni satu-satunya konvensyen hiburan mega yang pertama kali diadakan di Malaysia. Acara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) selama tiga hari itu berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos lalu.

Menarik tentang HISTORY Convention 2017 ialah senarai kehadiran peserta dalam acara itu yang banyak menumpukan kepada pameran budaya popular dan tradisional, termasuk kereta klasik dan bersejarah.

Hadir dalam acara dilancarkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan itu ialah juri MasterChef Australia, Matt Preston, bintang Counting Cars, ‘Horny’ Mike Henry, hos rancangan pencinta pengembaraan, Ride N’ Seek, Jaime Dempsey, finalis Masterchef Asia, Jasbir Kaur dan ikon komedi, Harith Iskander. Pada masa sama, Kamalanathan turut melancarkan model Isuzu MU-X baharu.

HORNY TUNJUK SKIL

Pada konvensyen berkenaan, ‘Horny’ sempat menunjukkan kemahirannya mengecat menggunakan teknik berus angin (airbrush) dengan melukiskan imej tengkorak atas bonet Isuzu D-Max Z-Prestige di reruai Counting Cars.

Varian yang dipilih untuk demo tersebut ialah Velvet Red Mica yang sememangnya direka khas untuk penampilan lasak dan advencer. Malah, sesi demo tersebut adalah antara acara tumpuan konvensyen yang mendapat sambutan hebat di kalangan pengunjung.

Kerja seni dilakukan sungguh mengagumkan walaupun hanya disiapkan dalam masa kurang dua jam. Sesiapa yang meminati rancangan Counting Cars tentu perasan tentang Horny Mike yang selalu menjadikan tengkorak sebagai motif rekaan kegemarannya.

Horny Mike melukiskan imej tengkorak bergigi tajam dengan latar seakan meniru ribut tropika, dan dilakarkan dalam gaya api-angin.

BACA >>> Isuzu D-Max BEAST Edisi Terhad – Hanya Ada 360 Unit Di Malaysia

Isuzu D-Max Z-Prestige dilancarkan pada 2016 dengan menyasarkan pembeli yang mahukan trak pikap yang menepati segmen gaya hidup. Sejak D-Max diperkenalkan 10 tahun lalu, Isuzu Malaysia berjaya menempatkan diri dalam senarai lima jenama bukan nasional terbaik dalam segmen kenderaan komersil ringan hingga berat.

Varian premium Z-Prestige menawarkan penambahbaikan luaran dan dalaman seperti rekaan semula bampar depan dan belakang, kerusi kulit dengan sulaman benang kontras, dan rekaan semula sistem infotainment, termasuk ciri baharu seperti Sistem Mula dan Masukan Pasif (PESS), rim aloi 18-inci, lid sport, dan lampu utama projektor dengan lampu siang (DRL) LED. Tiga warna eksklusif ditampilkan, iaitu Velvet Red Mica (merah), Stallion Black (hitam) dan Silky White Pearl (putih).

Auto Terkini Counting Cars HISTORY Convention 2017 Horny Mike Henry Isuzu Isuzu D-Max Isuzu D-Max Prestige Isuzu D-Max Z-Prestige Isuzu Malaysia Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.