Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda XL750 Transalp (2023) Lancar di EICMA 2022, Harga Kekal Misteri
Roda2

Honda XL750 Transalp (2023) Lancar di EICMA 2022, Harga Kekal Misteri

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/11/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA memperkenalkan model advencer middleweight Honda Transalp (2023) di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 yang bakal bersaing sengit dengan Suzuki V-Strom dan Yamaha Tenere 700.

Honda XL750 Transalp (2023) memiliki ciri dan spesifikasi yang mampu mendominasi segmen dan memikat pembeli apabila menjengah pasaran kelak.

BACA >>> Italjet Dragster #e01 Electric Muncul di EICMA 2022, Lancar Tahun Depan!
BACA >>> Italjet Dragster 500GP Debut di Pameran EICMA 2022, Masuk Pasaran 2024

Berikut perinciannya:

Ross White
Matte Iridium Grey Metallic
Matte Ballistic Black Metallic
  • Ada tiga warna pilihan: Matte Iridium Grey Metallic (kelabu), Ross White (putih) dan Matte Ballistic Black Metallic (hitam).
  • Dijana enjin sama seperti Honda CB750 Hornet, 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 755cc OHC dengan aci engkol (crankshaft) 270º dan uni-cam berserta teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 91hp, iaitu sekitar 50 peratus lebih berkuasa berbanding model terdahulu.
  • Julat rev agak tinggi untuk enjin dwi-silinder sebaris dengan kuasa puncak pada 9,500rpm dan garisan merah 10,000rpm, manakala tork 75Nm @ 7,250rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan dan dibekalkan bersama sistem klac antigelincir Slipper & Assist (A&S) dan opsyen tambahan Quick Shifter.
  • Terotel badan elektronik Ride-by-Wire 46mm.
  • Ada lima mod tunggangan yang setiap satu memiliki tetapan berbeza untuk pemetaan enjin, pembrekan enjin, kawalan traksi dan kawalan wheelie.
  • Empat mod yang dipraprogramkan ialah Sport, Standard, Rain dan Gravel.
  • Mod kelima boleh ditetapkan mengikut keperluan penunggang dalam pilihan empat mod kuasa, lima tetapan kawalan traksi dan tiga mod pembrekan enjin.
  • Enjin ditempatkan dalam frem sama seperti Hornet, tetapi ada perubahan geometri untuk keperluan off-road.
  • Casis keluli berlian (diamond) seberat kira-kira 18kg membantu menurunkan berat keseluruhan kepada 208kg, termasuk isian petrol penuh.

  • Kapasiti tangki minyak 16.9 liter dengan jarak tunggangan 23km per liter.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) 43mm Showa SFF-CA (Separate Function Fork-Cartridge) dengan travel 200mm di depan, dan monoshock Showa dengan travel 190mm di belakang. Ciri talaan cuma untuk prabeban.
  • Sistem brek menggunakan dwi-brek cakera 310mm dengan kaliper Nissin 2-piston (depan), dan cakera tunggal 245mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
  • Juga dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dalam dua tetapan. Sistem ABS belakang boleh dinyah aktif untuk keperluan off-road.
  • Visor angin tidak boleh laras, juga tiada gad tangan untuk menjimatkan kos.
  • Lampu utama LED, sama seperti Hornet, CB500F dan CB500X. Juga ada fungsi lampu henti kecemasan.
  • Lampu signal belok ada fungsi batal sendiri (self-canceling) berasaskan respons dan kelajuan roda depan dan belakang.
  • Panel meter TFT berwarna, sama seperti CB750 Hornet dengan konektiviti Bluetooth untuk telefon, kawalan suara untuk sistem Android, mesej, panggilan musik dan navigasi.
  • Rim jenis jejari 21 inci dengan tayar 90/90R di depan, dan rim 18 inci dengan tayar 150/70R di belakang.
  • Dimensi panjang 2,325mm, lebar 838mm dan tinggi 1,450mm, manakala jarak lega bumi 210mm.
  • Tinggi pelana 850mm.
  • Jarak roda 1,560mm dan radius pusingan 2.6 meter.

BACA >>> #Spyshot: Suzuki V-Strom 700 Dikesan! Kini Enjin Parallel-Twin, Bakal Cabar Yamaha Tenere 700
BACA >>> Yamaha Tenere 700 World Raid (2022) Lancar, Harga RM65k!

Matte Ballistic Black Metallic
Matte Iridium Grey Metallic
Ross White

SUMBER: CycleWorld

adventure touring autoterkini Honda Europe Honda XL750 Transalp (2023) Pameran Motor Milan 2022 (EICMA) roda2 XL750 Transalp 2023
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    13/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    13/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    13/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.