Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda WR-V (Elevate) Dapat Sambutan Hangat di Jepun, 13k Tempahan dalam Sebulan!
Roda4

Honda WR-V (Elevate) Dapat Sambutan Hangat di Jepun, 13k Tempahan dalam Sebulan!

Abang HirataBy Abang Hirata14/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERCATURAN Honda memperkenalkan WR-V versi Elevate dilihat menjadi selepas menerima ribuan tempahan di Jepun.

Kenyataan rasmi Honda menyebut kira-kira 13,000 tempahan diterima dalam tempoh sebulan sejak dilancar secara rasmi pada 22 Mac 2024. Angka itu empat kali ganda lebih tinggi daripada sasaran 3,000 unit sebulan.

Seperti kami laporkan sebelum ini, WR-V Jepun berbeza daripada WR-V Asean (foto bawah), dan dikenali sebagai Elevate di India.

Bentuk juga berbeza yang mana Honda WR-V Jepun lebih kepada gaya rugged dan aktiviti luar (outdoor) berbanding WR-V Asean yang nampak seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) urban.

Bukan saja luaran, dalaman juga berbeza berbanding Honda WR-V Asean dengan papan pemuka yang mirip BR-V dan Amaze.

Menurut Honda, pelanggan WR-V terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan kebanyakannya bertukar daripada kereta kecil (kei-car), kereta kompak, SUV dan van mini.

Ciri Pilihan Pelanggan

  • Pakej yang memberikan sudut pandang jelas dan senang menganggarkan jarak dengan kenderaan depan dan ruang kargo antara terbaik dalam kelas SUV kompak.
  • Rekabentuk yang menyerlahkan kekuatan dan memberikan rasa selamat dan reliabiliti.
  • Harga mampu milik bermula 2,098,800 yen (RM64,790) bagi varian X.
Nisbah varian pilihan pelanggan:
  • X: 15 peratus
  • Z: 55 peratus
  • Z+: 30 peratus
Tiga warna pilihan pelanggan:
  • Platinum White Pearl (putih): 35 peratus
  • Crystal Black Pearl (hitam): 28 peratus
  • Meteoroid Gray Metallic (kelabu): 18 peratus

Sebagai ulangan, berikut perbandingan dimensi antara WR-V Jepun dan WR-V Asean:

  • Panjang 4,325mm (4,060mm); Lebar: 1,790mm (1,780mm); Tinggi: 1,650mm (1,608mm)
  • Jarak roda: 2,650mm (2,485mm)
  • Ruang bagasi: 458 liter (380 liter)

Jelas WR-V Jepun lebih besar, dan dari segi segmen setara HR-V dan Proton X50, manakala WR-V Asean menyaingi Perodua Ativa.

Honda WR-V dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 116hp @ 6,600rpm dan tork 142Nm @ 4,300rpm serta dipadankan transmisi automatik CVT dengan konverter tork.

Honda hanya menawarkan model pacuan roda depan (FWD) dan tiada pacuan empat roda (4WD). Ini janggal untuk pasaran Jepun, tetapi tidak menjadi masalah jika diukur dari segi sambutan pengguna.

Harga WR-V

  • X: 2,098,800 yen (RM64,790)
  • Z: 2,349,600 yen (RM72,560)
  • Z+: 2,489,300 yen (RM76,850)

Berbekalkan rekabentuk rugged dan saiz, wajarkah WR-V Jepun ditawarkan di pasaran tempatan? Atau jika ada berani mengimport model ini dari Jepun seperti dilakukan untuk Fit/Jazz.

Crossover Honda Honda WR-V Honda WR-V (Elevate) Honda WR-V Jepun Roda4 SUV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.