• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Wave Alpha - The Urban Dominator

Honda Wave Alpha - The Urban Dominator

November 18, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda-Wave-Alpha-pandulajudotcom-01

SEGMEN kapcai terus dimeriahkan menerusi kehadiran Honda Wave Alpha Serba Baharu yang memiliki penampilan menarik selain dilengkapi pelbagai ciri dipertingkatkan.

Sudah pasti, pengenalan Wave Alpha ini sebagai ahli keluarga baharu dalam siri motosikal Wave memberikan rakyat Malaysia lebih banyak pilihan dalam segmen kapcai.

HARGA: (Atas jalan termasuk GST)

  • Honda Wave Alpha Brek Gelendong - RM4,132.94
  • Honda Wave Alpha Brek Cakera - RM4,556.94

3 WARNA MENARIK:

  • Hitam Mutiara (Pearl Magellanic Black)
  • Merah (Vivacity Red)
  • Putih Mutiara (Pearl Metalloid White)

Honda-Wave-Alpha-pandulajudotcom-03JAMINAN:

Boon Siew Honda menawarkan jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000 (mana-mana tiba dahulu).

Seperti sedia maklum, siri motosikal Wave sememangnya popular dikalangan rakyat Malaysia kerana ia ada gaya, mampu milik dan berkualiti tinggi.

Wave Alpha dibina dengan rekabentuk baharu yang bergaya dan ciri dipertingkatkan. Rekabentuk yang sporty meningkatkan lagi pengalaman menunggang.

Honda-Wave-Alpha-pandulajudotcom-05

Antara ciri-ciri lain termasuklah speedometer yang jelas dan menarik, ekzos sporty, ruang penyimpanan barang u-box dan pelindung kaki bergaya.

 Cuma terasa pelik pula dengan kehadiran lampu signal yang agak menonjol. Macam takut orang lain tak nampak pula kehadirannya. Mungkin Boon Siew ada alasannya tersendiri

Honda-Wave-Alpha-pandulajudotcom-02PRESTASI:

Dikuasakan unit enjin 1-silinder 4-lejang bersesaran 109.1cc, ia adalah versi dikemas kini berbanding versi terdahulu.

Ia mampu mencapai kelajuan sehingga 91kmj dan pada masa sama menawarkan penjimatan bahan api iaitu dengan catatan 51.8km per Liter.

Honda-Wave-Alpha-pandulajudotcom-04

Maklumat lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi Tol Percuma Boon Siew Honda di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat, 9am - 5pm, kecuali cuti umum).

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Honda Wave Alpha, Kapcai, Wave

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Beza Mod 'Udara Dalam' dan 'Udara Luar' dalam A/C Kereta?
    #TahukahAnda: Apakah Beza Mod 'Udara Dalam' dan 'Udara Luar' dalam A/C Kereta?
  • #TahukahAnda: Tentang Rim WedsSport TC105N vs TC105X yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Rim WedsSport TC105N vs TC105X yang Perlu Anda Tahu
  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my