Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Wave 125i Kapcai Ranggi, Jimat Minyak & Selesa – Harga Bermula RM6,263
Auto Terkini

Honda Wave 125i Kapcai Ranggi, Jimat Minyak & Selesa – Harga Bermula RM6,263

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/20186 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Wave 125iHONDA Wave 125i baru sahaja dilancarkan dengan menampilkan rekaan lebih menarik dan ranggi.

Hadir dalam dua varian iaitu Brek Cakera Tunggal dan Dwi Brek Cakera, ia dijual pada harga serendah RM6,263.54.

HARGA

  • Honda Wave 125i Brek Cakera Tunggal – RM6,263.54
  • Honda Wave 125i Dwi Brek Cakera – RM6,549.74

* Termasuk GST tanpa insurans dan cukai jalan

Honda Wave 125i3 WARNA PILIHAN

  • Merah ‘Candy’ (Candy Scintillate Red)
  • Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue)
  • Kelabu Metalik (Sword Silver Metallic)

JAMINAN

Honda Wave 125i didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000km bersama warranti tambahan satu tahun atau 10,000km untuk enjin (yang mana dahulu).

BACA >>> Honda Wave Dash Fi Facelift (2017) – Enjin Lebih Berkuasa & Jimat Minyak

ENJIN 125CC

Honda Wave 125i dilengkapi enjin 124.9cc penyejuk udara dengan Suntikan Bahan Api Terancang (Programmed Fuel Injection – PGM-Fi) untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Dengan kapasiti tangki sebesar 5.4L, ia hanya memerlukan pengisian semula bahan api selepas hampir 300KM perjalanan.

Gabungan teknologi PGM-Fi dan muatan tangki minyak yang besar ini menjadikan masa perjalanan menjadi lebih singkat tanpa pengisian minyak yang kerap dan tidak hairanlah apabila Honda Wave 125i turut diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle – EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Honda RS150R, Mesti ‘Laku Keras’

BACA >>> Ini Bukan Cubaan, Honda RS150R Versi HRC Memang Ada Jual Di Malaysia

SELESA DITUNGGANG

Honda Wave 125i juga didatangkan dengan tempat duduk yang besar untuk menjamin keselesaan penunggang semasa perjalanan jauh.

Di samping itu, panel meter premium menawarkan panduan gaya terkini dengan susun atur strategik dan pencahayaan yang cerah memudahkan pembacaan biarpun pada waktu siang atau malam.

Untuk keselamatan penunggang, tahap keterlihatan penunggang dibantu lampu belakang moden yang menawarkan pencahayaan terang.

Selain itu, Honda Wave 125i ialah satu-satunya kapcai dalam pasaran Malaysia dibina dengan kebuk-U 18L yang membolehkan penunggang menyimpan topi keledar penuh atau barang peribadi mereka sewaktu perjalanan jauh.

*Berdasarkan keputusan ujian mod ECE R40

GALERI

Honda Wave 125i
Honda Wave 125i
Boon Siew Honda harga Honda Wave 125i Honda Honda Wave Honda Wave 125i Kapcai
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026

6 Comments

  1. nor julaydie on 04/03/2018 13:17

    honda wave 125i memang best, vroommmm

    Reply
  2. Faiz on 11/03/2018 13:02

    Memang best dari segi keperluan dan keselesaan design dia pun boleh tahan jimat minyak

    Reply
  3. jon on 23/04/2018 12:16

    apa beza dgn honda future

    Reply
    • oolat on 10/05/2018 18:42

      Selain dari mekap sikit sana & sini, takda beza langsungggg. Moto kapcai Honda di Malaysia agak mengelirukan… dua enjin (110 & 125cc – RS150 lain cerita la) tapi ada bermacam model dan harga. Jadi, Boon Siew menjenamakan Future sebagai Wave 125i dan menghentikan terus jenama “Future”.

      Reply
  4. Cik Alm on 23/08/2018 10:45

    Kalaulah model Honda Wave 125i tukar enjin RS150 …Tak pening dah saya nk pilih moto apa nk pilih..

    Reply
  5. Kana Anak Museng on 11/02/2020 10:04

    saya baru beli wave 125i 2019 pada awal bulan februari lepas. Semasa saya beli jarum meter minyak berada di paras merah yg bawah. Sampai d shell saya pam penuh baru rm 8 bersamaan dgn 3.8 leter saja. Saya tertanya-tanya kalau tangki minyak 5.4 leter isi penuh dlm rm11.00. Betulkah kapasiti tangki minyak 5.4 leter? Sekarang baru 135 km saya sudah isi tangki semula.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.