Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Vario 125 Bakal Masuk Malaysia? 
Auto Terkini

Honda Vario 125 Bakal Masuk Malaysia? 

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize21/02/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kami terima banyak persoalan sama ada skuter Honda Vario 125 bakal dilancarkan di Malaysia atau tidak. Melihat kepada keadaan semasa, kemungkinan itu ada dan kami akan jelaskan sebab-sebabnya di bawah.

Awal tahun ini, BOON Siew Honda (BSH) telah melancarkan skuter Honda Vario 160, sebuah produk pemasangan tempatan (CKD) yang menggantikan Vario 150 yang sudah dihentikan pengeluaran di kilang BSH. Jika dilihat daripada barisan skuter dibawah BSH ketika ini, hanya ada skuter Honda Forza 250, ADV 160, Vario 160 dan beAT 110 dan tiada skuter 125cc.

Memandangkan BSH masih tiada skuter berkapasiti 125cc untuk bersaing di pasaran buat masa ini. BSH mungkin akan memperkenalkan skuter ini di pasaran Malaysia satu masa nanti. Ini kerana di Indonesia, Honda Vario 125 ini sudah diperkenalkan sejak 2012 lagi. Memandangkan pasaran Malaysia ini tidak besar, apa sahaja motor yang ada di negara jiran berkemungkinan untuk masuk ke sini juga.

Dengan lambakan skuter 155cc keatas, pasaran skuter 125cc di Malaysia seperti semakin suram. Lagipun BSH memang tidak menjual apa-apa skuter 125cc buat masa ini. Takkan nak biar Yamaha sapu habis segmen 125cc? Dari segi bisnes, BSH memerlukan Vario 125 ini untuk bersaing dengan Yamaha yang mempunyai Ego Avantiz 125 yang popular sejak dilancarkan pada 2016.

Buktinya, Yamaha Ego Avantiz 125 masih kekal relevan di pasaran tempatan sehingga kini. Ini kerana meskipun skuter maxi yang kebanyakannya berkapasiti 155cc keatas semakin mendapat tempat di Malaysia, namun permintaan terhadap skuter berenjin kecil ini masih tinggi.

Tambahan pula, skuter kecil 125cc masih praktikal untuk digunakan sebagai motosikal harian oleh wanita atau mereka yang bertubuh kecil dan tidak mahu membawa motosikal/skuter yang besar dan berat.

Selain itu, kos penyelenggaraan yang lebih murah pada skuter kecil juga menjadi sebab mengapa skuter berkapasiti 125cc ini menjadi pilihan pengguna.

Secara logiknya, kami tak nampak sebab mengapa BSH tidak melancarkan Honda Vario 125 di pasaran Malaysia memandangkan model ini sudah dipasarkan di negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Kemungkinan itu ada, tapi bila? Wallahualam.

Berikut merupakan spesifikasi Honda Vario 125 di Indonesia:

Spesifikasi Honda Vario 125

Harga Honda Vario 125

  • CBS: Rp 22.35 juta (RM6,815)
  • CBS-ISS: Rp 24 juta (RM7,319)
  • CBS-ISS SP: Rp 24.25 juta (RM7,395)

*Harga di atas ialah harga atas jalan di Jakarta.

Trenkuasa Honda Vario 125

  • Trenkuasa masih jenis 4-lejang 124.8 cc SOHC eSP dengan sistem sejukan cecair, menawarkan kuasa 11hp pada 8,500rpm dan tork 10.8Nm @ 5,000rpm.

Perincian Honda Vario 125

  • Liveri badan menjadikan Vario 125 tampak lebih moden, ditambah pula dengan tawaran lima skim pilihan warna menarik.
    Rekabentuk badan menerima penambahbaikan iaitu pada bahagian sisi fairing depan untuk menyerlahkan gaya sporty.
  • Vario 125 menggunakan desain lampu depan dan belakang LED bersama lampu nyalaan siang dan signal LED.
  • Rim 14 inci dengan rekaan baharu seakan model Vario 150.
  • Warna rim varian CBS-ISS SP dikenakan rona matte dark bronze (tembaga kusam).
  • Ukuran lebar tayar ditingkatkan iaitu 90/80 (depan) dan 100/80 (belakang).
  • Tangki minyak lebih besari iaitu 18 liter.
  • Ada slot pengecas USB disediakan dalam kotak konsol, menggunakan Sistem Kekunci Pintar Honda (keyles) untuk varian CBS-ISS dan CBS-ISS SP.
  • Tangki minyak sebesar 5.5 liter. Vario 125 mampu capai jarak tunggangan 51.7 km seliter petrol.

Berbaloi tak masuk Malaysia?

BACA >>> AHM Lancar Skuter Honda Vario 125 Versi Dipertingkat, Harga Mula RM6.8k!
BACA >>> Inilah Honda Vario 125 Terpakai Paling Mahal di Dunia, Harga RM166k!

Boon Siew Honda (BSH) Honda Vario 125 Honda Vario 150 honda vario 160 Indonesia skuter Yamaha Ego Avantiz
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.