HONDA UK nampaknya mengambil keputusan untuk memperkenalkan semula model Honda CB300R selepas setahun ditiadakan dalam pasaran.

Model naked edisi 2022 itu menerima beberapa penambahbaikan untuk menyerlahkan imej neo-retro, naik taraf casis dan hadir bersama teknologi Sistem Klac Anti-Gelincir untuk prestasi tunggangan lebih baik.

Berikut ialah perinciannya:

  • Dijangka masuk pasaran Britain pada Mei atau Jun ini. Harga jualan atas jalan cuma £4,899 (RM27,645).
  • Ada empat pilihan warna iaitu Pearl Dusk Yellow, Mat Pearl Agile Blue, Mat Gunpowder Black Metallic dan Candy Chromosphere Red.
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal DOHC 4-injap 286cc dengan sistem penyejukan cecair, menawarkan kuasa 31hp @ 9,000rpm dan tork  27.5Nm @ 7,750rpm.
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan Sistem Klac Anti-Gelincir, memudahkan penukaran gear lebih mudah dan mengelakkan kejadian tayar belakang terangkat.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Teknologi Klac Assist & Slipper (A&S) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang Perlu Anda Tahu

  • Panel meter digital LCD memaparkan maklumat asas tunggangan termasuk spidometer, takometer, baki paras minyak dan gear. Gugusan lampu amaran disusun di atas meter.
  • Menggunakan lampu jenis LED dengan lampu utama dual bar, lampu atas untuk pancaran lampu rendah dan bar bawah untuk lampu tinggi. Lampu belakang berbentuk tirus. 
  • Honda CB300 R menggunakan frem tubular keluli berlian dan swingarm berkembar berasaskan material keluli.

BACA >>> Honda CB150X (2022) Lancar di Indonesia, Harga RM9.3k!

  • Sistem fork Showa Big Piston Forks (BPF) 37mm jenis terbalik USD. Penyerap hentak tunggal digunakan di belakang.
  • Pelana menggunakan balutan material baharu. Desain secara menyeluruh mirip model terdahulu.
  • Agihan berat dikatakan hampir 50/50 dan motosikal itu adalah seberat  144kg.
  • Sistem henti merangkumi cakera tunggal 296mm dengan kaliper Nissin 4-piston (depan), cakera tunggal 220mm kaliper piston tunggal untuk roda belakang.
  • Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk daya membrek lebih efisien dan lebih selamat.
  • Berat kasar 143kg, ketinggian pelana 799mm dan jarak roda 1,352mm. Kapasiti tangki minyak 10 liter.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?
BACA >>> Kajian: Lebih 90 Peratus Penunggang Eropah Bantah Hasrat Haramkan Jualan Motosikal Petrol
BACA >>> MIROS Sediakan Konsep Had Laju 30kmj Sekitar KL untuk DBKL

SUMBER: VisorDown | Honda UK

Leave A Reply

Exit mobile version