• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Trail 125 (2021) Masuk Pasaran Amerika, Harga RM16.1k!

Honda Trail 125 (2021) Masuk Pasaran Amerika, Harga RM16.1k!

September 8, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASARAN motosikal di Amerika Syarikat (AS) tidak hanya berkisar mengenai chopper dan cruiser saja seperti mana kerap kita tonton di panggung wayang. Ada juga motosikal kecil dan ranggi seperti yang dilancarkan American Honda Motor (AHM) ini, iaitu Trail 125 ABS, yang juga dikenali sebagai CT125.

Siri CT dalam barisan produk Honda tampil sebagai model klasik dan ikonik yang pernah dikeluarkan sekitar era 1960-an dengan gaya dan fungsi ala motosikal lasak.

BACA >>> #TMS2019: Honda CT125 Concept - Kapcai Scrambler yang Bakal Masuk Pengeluaran

Honda Trail 125.07
Honda Trail 125.04

Berdasarkan apa dikongsikan Pengarah Kanan Pemasaran Powersports Honda Amerika, Lee Edmunds, sejarah asal-usul Trail 125 adalah ketika AHM ditubuhkan pada 1959 menerusi model pengenalan Honda 50.

Bagaimanapun, Honda 50 itu diubah suai pengedar di Idaho, Herb Uhl menjadi motosikal untuk kegunaan off-road. Hasilnya, Honda sendiri mengeluarkan Trail 50 dan selepas itu segalanya menjadi sejarah buat model tersebut dengan kemunculan banyak model pengganti aneka rupa.

Kemudian, beberapa dekad sejak kali pertama diperkenalkan, model lasak itu dijelmakan kembali menerusi Trail 125 ABS dengan mengetengahkan rekabentuk seperti asal, iaitu enjin terdedah dan ekzos tinggi di tepi badan.

BACA >>> Honda CT125 Hunter Cub Lancar di Jepun, Harga RM17.4k

Honda Trail 125.02
Honda Trail 125.08

Trail 125 ialah model moden-klasik terbaharu ditawarkan Honda selain Super Cub dan Monkey. Model ini (juga dikenali sebagai CT125) kali pertama ditayangkan sebagai model konsep pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 kali ke-46 dengan mendapat perhatian hangat untuk dijadikan motosikal pengeluaran.

Trail 125 mempunyai persamaan seperti C125. Bagi memenuhi keperluan lasak, model ini dinaik taraf lebih baik dengan casis diperkuat, travel suspensi dinaikkan dan jarak tunggangan lebih jauh.

Pakej trenkuasa juga sama seperti C125 iaitu 4-lejang 125cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI dan padanan transmisi semi-automatik 4-kelajuan.

Bagi memenuhi keperluan motosikal lasak, ambilan udara (air intake) ditinggikan, termasuk ekzos, manakala kuasa dipertingkat pada julat rev rendah dan pertengahan. Honda turut memasang gad enjin bagi mengelak terkena objek keras seperti batu dan tunggul kayu.

Trail 125 (2021) dijadual memasuki pasaran AS pada November ini pada harga disyorkan AS$3,899 (RM16,180). Apa lagi idea menarik di sebalik Trail 125? Belilah dan cubalah mengembara serata dunia!

BACA >>> Honda e Kini dengan Kit Aksesori Honda Access untuk Gaya Retro Moden

GALERI

Related

190
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: American Honda Motor, Honda, Honda CT125, Honda Trail 125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
    Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev