• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Tawar Perkhidmatan Perkongsian HondaJet di Jepun Sebagai Alternatif Pengangkutan

Honda Tawar Perkhidmatan Perkongsian HondaJet di Jepun Sebagai Alternatif Pengangkutan

June 19, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA melengkapi pengangkutan di darat dan udara melalui pesawat HondaJet dengan penghantaran pertama dibuat pada Disember 2015.

Setakat ini, Honda Aircraft Company mempunyai lima pesawat yang antara ialah HondaJet, HondaJet Elite II dan HondaJet Echeleon (belum terima pensijilan).

Honda tidak menumpukan kepada pembeli daripada sektor korporat atau persendirian saja, tetapi turut menawarkan perkhidmatan sewaan.

Bermula Jun ini, Honda menawarkan Perkhidmatan Perkongsian HondaJet yang menjadikan perjalanan jarak sederhana dan jauh di Jepun lebih mudah dan selesa.

Pada peringkat awal, perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada pelanggan korporat dan kemungkinan diperluas kepada pelanggan umum pada masa depan.

Walaupun mempunyai jaringan infrastruktur dan pengangkutan bagus, masih banyak perjalanan dari wilayah ke wilayah di Jepun tidak sesuai menggunakan pengangkutan awam seperti penerbangan berjadual dan kereta api. Lagipun, inilah tujuan perkhidmatan sewaan di mana-mana lokasi di dunia kerana tidak terikat kepada jadual umum.

Honda mahu menyumbang secara ketara kepada penambahbaikan kecekapan perjalanan, menggiatkan semula kawasan wilayah dan memudahkan kumpulan doktor melawat kawasan terpencil.

Dari 2022 hingga 2023, Honda bekerjasama dengan syarikat dan pentadbiran setempat bagi menjalankan Pembuktian Konsep (PoC), termasuk mempertimbang dan mengesahkan perkhidmatan perkongsian bagi kegunaan baharu jet perniagaan.

Perkhidmatan Perkongsian HondaJet disediakan Honda Group dan selain udara turut menawarkan pengangkutan sebelum dan selepas mendarat.

Penumpang boleh terus menggunakan kereta ke lokasi pesawat tanpa melalui bangunan lapangan terbang. Pasca pendaratan pula, ada kereta sedia menunggu di kawasan parkir.

Integrasi pengangkutan darat dan udara akan menjadikan perjalanan jarak sederhana dan jauh di Jepun lebih mudah dan selesa. Melalui perkhidmatan ini juga syarikat korporat dapat menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pengangkutan kepada pelanggan.

Perkhidmatan perkongsian ini turut bertujuan mengembangkan kegunaan jet perniagaan dari pemilikan kepada penggunaan. Honda akan terus menimbangkan meluaskan perkhidmatan kepada pengguna umum dan kepelbagaian perkhidmatan pengangkutan pada masa depan.

Ciri dan Kelebihan Perkhidmatan Perkongsian HondaJet

(PRNewsfoto/Honda Aircraft Company)
(PRNewsfoto/Honda Aircraft Company)
honda-logo
  • Perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi secara bersambung dengan menyepadukan pengangkutan darat dan udara.
  • Mempertingkat produktivi perniagaan, memperkemas pelancongan dan mengurangkan bebanan pengangkutan.
  • Harga yang mudah difahami dan seragam berdasarkan jarak perjalanan tanpa mengira lapangan terbang digunakan.
  • Operasi secara keseluruhan menerusi Honda Group dapat menyediakan perjalanan yang lancar, selamat dan terjamin.

Honda tidak memaklumkan ciri pesawat yang digunakan, dan hanya berkongsi foto pesawat HondaJet Elite dengan enjin GE Honda Aero Engines (GHAE) HF120.

HondaJet Elite diperkenal pada 2018 dan mampu melakukan jarak penerbangan hingga 2,661km dengan kelajuan maksimum 422 knot (sekitar 782kmj) pada ketinggian 30,000 kaki. Kapasiti tempat duduk maksimum tujuh orang, termasuk kru.

HondaJet Elite
HondaJet Elite II

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Aircraft Company, HondaJet, HondaJet Elite, Perkhidmatan Perkongsian HondaJet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev