Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Step WGN Versi Camper Debut di Jepun, Harga Mula RM116k!
Roda4

Honda Step WGN Versi Camper Debut di Jepun, Harga Mula RM116k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

FIRMA Jepun, White House memperkenal model camper terbaharu berasaskan Honda Step WGN di Pameran Kenderaan Perkhemahan di Pusat Konvensyen Makuhari Messe dekat Tokyo, baru-baru ini.

Van mini generasi keenam Honda Step WGN dengan tiga barisan tempat duduk itu diubah suai dengan tambahan bumbung jenis pop-up, dan tempat duduk swivel (boleh pusing) yang lengkap dengan ruang memasak kecil.

BACA >>> Honda Tayang StepWGN (2022) Serba Baharu yang Masih Gaya Kotak!
BACA >>> Kembar Tak Serupa N-BOX, Honda N-WGN Custom (2022) Lancar di Jepun September Ini

Model itu sebahagian siri camper Deck One, dipanggil Pop Joy, kerana mempunyai bumbung boleh buka. Apabila dibuka, ketinggian kenderaan meningkat 2,045mm. Bukaan itu juga memberikan ruang kabin untuk katil kembar bersaiz 1,880mm x 1,030mm.

Barisan tempat duduk pula boleh direbahkan untuk membentuk katil kedua. Ini membolehkan Honda Step WGN Pop Joy ini menampung tempat tidur untuk empat individu dewasa, atau dua dewasa dan dua kanak-kanak.

BACA >>> Honda Bina Peranti Kasut Navigasi untuk Orang Buta

Tempat duduk pemandu dan penumpang barisan depan boleh dipusing 180º dan turut disediakan meja.

Ruang memasak di belakang dilengkapi ketuhar gelombang mikro, dapur gas, peti asi mudah alih, sinki, ruang simpanan tambahan dan kaunter dapur jenis gelangsar yang berfungsi sebagai meja makan.

BACA >>> Sorok Duit dalam Kereta Sebab Tak Nak Beritahu Isteri, Sekali Habis Kena Makan Tikus

Di Jepun, Honda Step WGN dipacu trenkuasa 1.5L VTEC turbo atau trenkuasa hibrid 2.0L e:HEV dalam pilihan sistem pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).

Harga Honda Step WGN Popjoy adalah mengikut varian, iaitu bermula serendah 3,592,600 yen (RM116,600) hingga 6,044,500 yen (RM196,190).

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacozilla Tacoma Camper Sempena Tribut Kamper 70-80-an!
BACA >>> Lakaran Volkswagen Caddy Mini-Camper Didedahkan, Van Praktikal Buat Kaki Khemah
BACA >>> 5 Ciri Menarik Toyota Noah, Voxy (2022) Baharu, Harga Mula RM97k!

SUMBER: CarScoops | WhiteHouseCamper

generasi keenam Honda Step WGN d Honda Step WGN Honda Step WGN Pop Joy Pusat Konvensyen Makuhari Messe Roda4 van camper Van Mini Camper White House White House Camper White House Camper Deck One
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.