Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda RS150R Pusing Semenanjung, Tamatkan Konvoi Motosikal Sejauh 1,780km
Roda2

Honda RS150R Pusing Semenanjung, Tamatkan Konvoi Motosikal Sejauh 1,780km

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KONVOI Maraton Semenanjung 2017, melibatkan 40 motosikal Honda RS150R baru saja berakhir yang bermula 14 hingga 17 Julai lalu. Konvoi tersebut berjaya mengharungi perjalanan sejauh lebih 1,780 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Peserta konvoi mengambil masa 4 hari 3 malam bermula dari Perak dan merentasi beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Johor sebelum kembali semula ke Perak. Peserta dari Kelantan menyertai konvoi pada 15 sehingga ke 18 Julai.

Bagi melancarkan perjalanan, pihak penganjur menjemput enam marsyal dan pasukan sokongan daripada Boon Siew Honda. Masa diambil ke destinasi agak jauh dan panjang, tetapi ragam peserta konvoi sangat menghiburkan walaupun khabarnya ada ramai ahli baharu yang baru pertama kali berkonvoi.

Peserta turut diraikan dalam majlis makan malam gala yang menawarkan sesi cabutan bertuah sebagai penghargaan dengan hadiah utama berupa topi keledar GIVI dan KYT bernilai kira-kira RM400, termasuk hadiah menarik lain seperti kemeja-T, minyak pelincir dan barangan penyelenggaran motosikal.

Konvoi tersebut pastinya memberi pengalaman dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan setiap peserta RS150R. Sekalung tahniah kepada tiga pengedar sah Boon Siew Honda BSH (Impian Honda Shop), iaitu Sing Yik Motors (Perak), Ah Thong Motors (Kelantan) dan AKJB Sales & Services (Johor).

Program Honda RS150R Konvoi Maraton Semenanjung 2017 turut mendapat tajaan Boon Siew Honda Sdn Bhd, GIVI, IPONE, RKM, Koyoto, XL Parts, Up Gasket, Taikom Racing, TAA, Motor Tan, Apple Gasket, Wei Shean, Seng XT & Kok Woi Spare Parts.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

BACA >>> Bukan 150cc, Tapi Modenas Bakal Perkenalkan Moped 175cc – Y15ZR & RS150R Sila Siap Sedia!

Galeri RS150R Konvoi Maraton Semenanjung 2017
Boon Siew Honda Honda Honda RS150R Honda RS150R - Konvoi Maraton Semenanjung 2017 Honda RS150R Konvoi Marathon Semenanjung 2017 konvoi roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    13/03/2026
    Roda2

    Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

    10/03/2026
    Roda2

    2026 MV Agusta Enduro Veloce Dilancar, Travel Enduro Premium Harga Sekitar RM91k

    09/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.