• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Pilot (2019) Tampil Imej Baharu Lebih Segar dengan Teknologi Keselamatan Moden

Honda Pilot (2019) Tampil Imej Baharu Lebih Segar dengan Teknologi Keselamatan Moden

June 29, 2018 By AI Leave a Comment

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan, Honda Pilot (2019) melakukan debut menerusi beberapa penambahbaikan dan penaiktarafan terkini. Perubahan paling ketara ialah bahagian depan diperbaharui dan SUV lapan penumpang itu kini sudah mirip model Honda lain seperti Odyssey dan Clarity menerusi penampilan gril baharu.

Varian Touring dan Elite juga menampilkan versi terkini  menerusi transmisi automatik 9-kelajuan, manakala varian lebih rendah mengekalkan transmisi automatik 6-kelajuan.

Pilot (2019), yang dibina berasaskan model generasi ke-3, juga didatangkan dengan pintu but elektrik bebas tangan, WiFi 4G LTE terbina dalam, sistem hiburan besar di kerusi belakang yang siap dengan BluRay dan fungsi strim video, sistem audio dalaman CabinTalk (ciri hebat untuk keluarga) dan sistem skrin sentuh 'Display Audio' versi dikemas kini dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Turut sama dikemas kini ialah pakej teknologi keselamatan aktif, Honda Sensing yang menjadi ciri standard semua kenderaan Honda baharu, terdiri daripada Amaran Rempuhan Depan (FCW), Brek Mitigasi Rempuhan (CMB), Amaran Lencong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Susul Halaju Rendah (LSF).

Menurut Honda, Pilot (2019) akan dijual pada 16 Julai ini dan harga akan didedahkan kemudian. Bagaimanapun, untuk pasaran Asean, SUV cuma dijual di pasaran Filipina.

SUMBER: AutoGuide

112
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Pilot, Honda Pilot (2019), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV mid-size, SUV saiz pertengahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my