• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Umum Tiga Lagi Pemegang '1 Million Dreams' dengan Kolaborasi Jenama

Honda Malaysia Umum Tiga Lagi Pemegang '1 Million Dreams' dengan Kolaborasi Jenama

April 12, 2021 By Shawkath Leave a Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia dan tiga rakan jenama, Cuckoo, Shopee dan Watsons, mengumumkan tiga individu bertuah yang masing-masing memenangi model Honda edisi khas bagi peraduan 1 Million Dreams Brand Collaboration di Hotel Hilton Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pemenang kali ini, yang mewakili setiap rakan jenama, masing-masing membawa pulang sedan Honda City serba baharu, HR-V dan BR-V. Mereka ialah:

  • City Serba Baharu - Megawati Affendi (Cuckoo)
  • HR-V - Muhammed Faisal Adnan (Shopee)
  • BR-V - Mohd. Aisamuddin Mohd. Azilah (Watsons)

Pada majlis sama, Honda Malaysia turut memperkenalkan pemilik kenderaan Honda ke-1 juta, iaitu Ahmad Sirwan Mat Tuselim yang membeli Civic 1.5 Turbo pada Mac lalu dan turut menerima token bernilai lebih RM8,000 sebagai penghargaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Madoka Chujo menyampaikan tahniah kepada tujuh pemenang bertuah, termasuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu Honda mencecah jualan terkumpul lebih sejuta unit kenderaan.

Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum, Ketua Jabatan Pemasaran Cuckoo Malaysia International, Nick Chin, Ketua Shopee Mall, Shopee Malaysia, Kenneth Soh dan Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.

Kenneth berkata, lebih 20 juta kali permainan menerusi aplikasi Shopee dimainkan sejak kempen tersebut berlangsung. Menurut Caryn pula, ada kira-kira enam juta pelanggan Watson Malaysia memiliki keahlian Watsons dengan menerima banyak penyertaan daripada lebih 500 cawangan seluruh negara sepanjang tempoh kempen.

Terdahulu, Honda Malaysia sudah mengumumkan empat pemenang kempen 1 Million Dreams di Stadium Bukit Jalil, bulan lalu, iaitu Jazz - Shaiful Rezza Abdul Razak (Jazz, anggota polis, wakil barisan depan), Chuah Sze Yong (Civic), Lim Lye-Gaik (CR-V) dan Abdul Hakim Mohd Radzi (Accord).

BACA >>> 4 Pemenang Kempen 1 Million Dreams Bawa Balik Kereta Baharu!
BACA >>> Sertai Kempen '1 Million Dreams dan Menang 7 Model Honda Edisi Khas'!

Artikel Berkaitan

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ahmad Sirwan Mat Tuselim, Auto Terkini, Caryn Loh Watson, Honda 1 Million Dreams Brand Collaboration, Honda Malaysia, Kenneth Soh Shopee, Nick Chin CUCKOO, Sarly Adle Sarkum

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my