• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia, SOCAR Sedia 50 Unit City untuk Petugas Barisan Hadapan

Honda Malaysia, SOCAR Sedia 50 Unit City untuk Petugas Barisan Hadapan

April 24, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Malaysia bekerjasama dengan SOCAR Mobility Malaysia (SOCAR) untuk menyediakan 50 unit sedan City kepada petugas barisan hadapan yang juga pelanggan Honda sebagai kenderaan sementara.

Program ini dikhaskan kepada petugas barisan hadapan, juga pemilik Honda, yang tidak dapat menggunakan kenderaan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Inisiatif ini juga bertujuan membantu meringankan masalah pergerakan dialami mereka.

Ditawarkan dalam tempoh penggunaan sebulan, kolaborasi dengan SOCAR, sebagai platform perkongsian kereta, mampu menyediakan bantuan mobiliti kepada petugas barisan hadapan.

BACA >>> Honda City Kekal Takhta Raja Segmen B Malaysia, Sudah 300,000 Unit Terjual Sejak 2001

Sebagai tanda penghargaan atas keberanian dan pengorbanan dilakukan petugas barisan hadapan, Honda Malaysia berbesar hati menghulurkan sokongan moral menerusi kemudahan kenderaan dan perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Inisiatif dengan SOCAR ini diharapkan dapat mengurangkan masalah pengangkutan dialami mereka.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, semua orang memainkan peranan memerangi Covid-19. Petugas barisan hadapan pula adalah kalangan rakyat Malaysia yang memegang peranan penting sepanjang masa sukar itu.

Ishiyama berkata;

Beberapa minggu kebelakangan ini tidak mudah untuk semua orang di Malaysia, terutama barisan hadapan yang berusaha tanpa lelah melindungi Malaysia daripada wabak. Walaupun terpaksa menahan tekanan yang ditanggung keadaan semasa tanpa mementingkan diri sendiri, dedikasi dan pengorbanan mendapat penghormatan tinggi rakyat Malaysia dan pengiktirafan seluruh dunia.

"Bagi pihak Honda Malaysia, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka dan inisiatif ini untuk membantu barisan hadapan yang kereta Honda mereka tidak boleh bergerak ketika ini dengan memberikan City sebagai kenderaan sementara."

Menerusi program berkenaan, semua kos sewa selama sebulan akan ditanggung Honda Malaysia. Bagaimanakah cara menyewa? Petugas barisan hadapan yang juga pemilik Honda boleh layari laman web HondaMalaysia untuk maklumat lanjut.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda, Honda City, Honda Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sedan, SOCAR Malaysia, Toichi Ishiyama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my