Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Honda Insight 2027 Kembali, Kini Sebagai SUV EV
Kenderaan Elektrik (EV)

Honda Insight 2027 Kembali, Kini Sebagai SUV EV

Abang HirataBy Abang Hirata08/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Insight EV 2026

HONDA berkongsi maklumat awal bagi model kenderaan elektrik (EV) penumpang baharu, Honda Insight 2027, yang dijadualkan dilancarkan pada musim bunga 2026 (Mac – Mei).

Seiring pendedahan tersebut, Honda turut mengumumkan, tempahan awal pasaran Jepun akan dibuka 19 Mac ini, sebelum pelancaran rasmi model berkenaan.

Maklumat awal mengenai Insight juga dipaparkan di laman web rasmi Honda sebagai pengenalan kepada pelanggan.

Honda Insight 2027 generasi terbaharu itu menandakan kebangkitan semula nama model yang pernah memainkan peranan penting dalam sejarah Honda.

Model kali ini tampil sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik berasaskan Honda e:NS2 di China dan selari dengan peralihan industri automotif ke arah mobiliti elektrik.

Asal Usul Insight

Honda Insight

Honda Insight mempunyai sejarah penting dalam perjalanan teknologi Honda. Model generasi pertama diperkenalkan pada 1999 dan menjadi perintis kepada teknologi hibrid Honda di pasaran global.

Beberapa fakta penting mengenai model itu:

  • Honda Insight generasi pertama dilancarkan pada 1999
  • Inilah kereta hibrid versi pengeluaran pertama Honda
  • Membuka era baharu pembangunan teknologi hibrid Honda

Insight kemudian berkembang melalui generasi kedua yang ditawarkan di pasaran tempatan dan seterusnya ketiga, serta terus berevolusi mengikut perubahan keperluan pasaran.

Bagi generasi keempat, Honda membawa nama Insight ke arah baharu dengan transformasi kepada SUV elektrik, sekali gus membuka lembaran baharu dalam era elektrifikasi.

Konsep Utama – Outstanding Impact

Honda Insight 2027 dibangunkan berasaskan konsep Outstanding Impact (impak hebat), yang merujuk kepada EV dengan karakter menonjol dan penampilan menonjol di jalan raya.

Honda menyasarkan model itu sebagai EV yang bukan saja ada identiti tersendiri, tetapi juga menawarkan tahap keselesaan tinggi kepada pemandu dan penumpang.

Antara fokus utama pembangunan model ini adalah:

  • Dibangunkan sebagai EV berkarakter unik dengan identiti menonjol
  • Rekabentuk menarik perhatian secara semula jadi di persekitaran bandar
  • Menawarkan keselesaan tinggi untuk pemandu dan penumpang
  • Mengekalkan keseronokan pemanduan dan karakter pemanduan ringan yang sinonim dengan Honda

Dari segi keupayaan, model EV itu turut direka untuk menyokong pelbagai kegunaan harian dengan jarak pemanduan lebih 500km (WLTC), sekali gus sesuai untuk perjalanan harian, urusan membeli-belah dan pemanduan hujung minggu.

Rekabentuk Luaran

Honda Insight EV 2027

Bahagian luaran Insight menampilkan imej SUV moden dengan karakter kuat dan bergaya futuristik. Garisan badan tajam dan memanjang menghasilkan siluet yang memberi gambaran pergerakan ke depan, sekali gus menonjolkan identiti kenderaan masa depan.

Ciri utama rekabentuk ialah:

  • Struktur badan SUV dengan rekabentuk tajam dan memanjang
  • Garisan badan yang menghasilkan rasa gerakan ke depan
  • Siluet yang menonjolkan imej kenderaan masa depan

Honda turut menyediakan beberapa pilihan warna badan bagi model tersebut, termasuk warna baharu yang diperkenalkan buat kali pertama di Jepun.

  • Piluhan lima warna badan disediakan
  • Warna baharu Aqua Topaz Metallic II diperkenalkan buat kali pertama

Warna itu diilhamkan daripada kejernihan air lut sinar dan kilauan halus batu permata topaz.

Rekabentuk Dalaman

Honda Insight EV 2027

Bahagian dalaman Honda Insight 2027 direka untuk menghasilkan suasana kabin yang selesa dan santai buat semua penumpang.

Honda menggunakan pendekatan rekabentuk yang menyelubungi penumpang dengan aliran ruang yang lebih harmoni. Antara elemen utama yang diketengahkan:

  • Rekabentuk kabin seakan membaluti penumpang
  • Pendekatan rekabentuk bulat (round design) bagi mewujudkan kesinambungan ruang
  • Penggunaan pad lembut (soft pad) bermutu tinggi

Selain itu, kabin turut dilengkapi kemudahan praktikal untuk kegunaan harian seperti ruang simpanan dan pengecas wayarles bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan dalam penggunaan harian.

Pakej Ruang Kabin

Honda Insight EV 2027

Honda Insight 2027 dibangunkan dengan menumpukan kepada keselesaan setiap kerusi supaya semua penumpang dapat menikmati perjalanan lebih santai.

Ciri utama pakej kabin ialah:

  • Kerusi depan dengan titik pandang tinggi untuk pandangan lebih jelas
  • Struktur konsol tengah terbuka yang membolehkan laluan jalan (walk-through) antara pemandu dan penumpang depan

Bagi penumpang belakang pula, Honda memberi perhatian kepada keselesaan perjalanan jarak jauh.

  • Ruang kaki belakang luas
  • Kerusi dengan fungsi penyandar boleh laras

Selain itu, model itu turut menyediakan ruang buat besar yang sesuai untuk kegunaan harian atau aktiviti rekreasi hujung minggu.

Ciri Keselesaan Kabin

Honda Insight EV 2027

Insight turut memperkenalkan beberapa teknologi keselesaan baharu buat model Honda di Jepun. Antara yang paling menonjol ialah sistem yang memberi pengalaman kabin lebih santai dan menyenangkan sepanjang perjalanan.

Antara ciri yang ditawarkan ialah:

  • Fungsi difuser aroma yang pertama bagi model Honda domestik
  • Menawarkan enam pilihan aroma untuk mewujudkan suasana kabin lebih menyegarkan

Selain itu, model itu juga dilengkapi sistem pemanas pintar Intelligent Heating System (IHS).

Sistem tersebut menyelaras operasi pemanas pada beberapa komponen utama seperti kerusi, stereng dan bahagian dalaman lain.

Ciri utama sistem IHS termasuk:

  • Mod AUTO yang mengesan kehadiran penumpang belakang
  • Mengoptimum output oenyaman udara dan penggunaan tenaga

Selain itu, sistem IHS turut menggunakan haba radiasi inframerah (IR) jauh, yang membantu menghasilkan persekitaran kabin lebih hangat dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah, operasi lebih senyap dan mengurangkan kesan udara kering.

Hasilnya, perjalanan dengan Honda Insight 2027 direka untuk menjadi pengalaman yang lebih santai dan selesa, menjadikan masa di dalam kenderaan sebagai masa rehat berkualiti.

Honda Insight EV 2027
Honda Insight EV 2027
Honda Insight EV 2027
Honda Insight EV 2027
Honda Insight EV 2027
Honda Insight EV 2027
Honda Insight EV 2027
EV EV Honda Honda Honda Insight Honda Insight 2027 Honda Japan Kenderaan Elektrik (EV) Roda4 SUV EV SUV EV Honda
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.