Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda HR-V, BR-V (2022) Dapat Lima Bintang dalam Ujian Asean NCAP
Auto Terkini

Honda HR-V, BR-V (2022) Dapat Lima Bintang dalam Ujian Asean NCAP

Han OthmanBy Han Othman21/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


DUA model Honda terbaharu, BR-V (2022) dan HR-V (2022) menerima penarafan lima bintang dalam ujian perlanggaran dilakukan Program Penilaian Kereta Baharu Asean (Asean NCAP).

HR-V mendapat skor keseluruhan 81.38 poin, manakala BR-V meraih 77.02 poin berdasarkan protokol penilaian Asean NCAP 2021-2025 yang terkini.

Dua model SUV itu dilengkapkan empat beg udara sebagai ciri standard untuk semua varian dengan majoriti pasaran turut menawarkan varian dengan enam beg udara.

HONDA HR-V

Berikut perincian skor 81.38 poin untuk HR-V (2022) baharu, dihasilkan di Thailand untuk pasaran Brunei:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) – 35 poin
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.81 poin
  • Bantuan Keselamatan (SA) – 18.57 poin
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) – 10 poin

Semua varian SUV subkompak ini memiliki teknologi seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) untuk pemanduan bandar, antara bandar, pejalan kaki dan penunggang motosikal.

HR-V baharu ini turut memiliki  ciri keselamatan termaju seperti Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Pengesan Kelibat Kanak-Kanak (CPD), Sistem Pengingat Tali Keledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang, dan Perlindungan Pejalan Kaki untuk semua varian ditawarkan.

Ciri keselamatan lain ditawarkan pada HR-V baharu ialah Amaran Perlanggaran Depam (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Visual Titik Buta (BSV) sebelah penumpang depan.

BACA >>> Honda HR-V Versi Eropah Bakal Berenjin 1.5L Turbo, Sama Seperti Civic
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!

HONDA BR-V

Berikut pula perincian skor 77.02 poin yang dicatatkan BR-V (2022) spesifikasi Indonesia, seperti ditayangkan di Pameran Motor Filipina ke-8 baru-baru ini:

  • Perlindungan Penunpang Dewasa (AOP) – 33.72 poin
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) – 17.46 poin
  • Bantuan Keselamatan (SA) – 15.71 poin
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) – 10.13 poin

Semua varian BR-V (2022) dilengkapi ESC, ABS, SBR untuk penumnpang depan sebagai ciri standard. Ciri lain sebagai standard dan pilihan mengikut pasaran ialah AEB Bandar, Antara Bandar, Pejalan Kaki dan Motosikal, AHB, CPD, FCW, LDW, LKA dan BSV untuk penumpang depan.

Setiausaha Agung Asean NCAP dan Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata;

Kami lega Honda menjasi antara pengeluar kenderaan yang konsisten memastikan model dihasilkan memiliki teknologi keselamatan pasif dan aktif.

“Bermula peningkatan tahap keselamatan untuk kenderaan penumpang, Honda juga mengambil inisiatif melengkapkan SUV jenama itu dengan teknologi mengelak rempuhan daripada penggunaan jalan raya terdedah seperti penunggang motosikal. Salah satu teknologi itu ialah Brek Kecemasan Autonomi (AEB) untuk motosikal yang mampu mengesan kehadiran motosikal dan mengelak berlaku perlanggaran.

“Kami juga melihat Honda melengkapkan teknologi sama dengan model Civic dan pelanggan hari ini yang meminati SUV sebagai kenderaan famili juga mendapat manfaat daripada teknologi penyelamat nyawa ini”

 

Dr Khairil Anwar berkata, sebagai tambahan kepada perlindungan penumpang daripada kecederaan akibat perlanggaran, Asean NCAP turut menitikberatkan aspek keselamatan khas untuk kanak-kanak dalam kenderaan.

Kami menerima kes kanak-kanak tertinggal secara tidak sengaja dalam kenderaan, yang juga sesuatu yang cuba kita elakkan. Justeru kami berbangga Honda kini memasang teknologi Pengesan Kehadiran Kanak-Kanak pada HR-V sebagai ciri standard, dan juga terdapat pada BR-V sebagai standard dan pilihan.

“Dengan teknologi khas ini, kita mampu mengelak insiden kanak-kanak tertinggal secara tidak sengaja dalam kenderaan, sekali gus mengelakkan kematian.”

Sebagai makluman, protokol Asean NCAP 2021-2025 menetapkan empat faktor penilaian utama, iaitu AOP (skor keseluruhan makimum 40 poin), manakala COP, SA dan MS (20 poin setiap kategori). HR-V kali pertama dinilai Asean NCAP pada 2015, manakala BR-V, 2016.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Mula RM114,800
BACA >>> Honda BR-V (2022) Serba Baharu, Canggih Lancar di Indonesia, Ada Honda SENSING

Anugerah ASEAN NCAP ASEAN NCAP Auto Terkini Datuk Dr. Khairil Anwar Abu Kassim Honda BR-V 2022 Honda HR-V (2022) Institup Kajian Jalan Raya Malaysia (MIROS) Roda4 ujian perlanggaran Ujian Perlanggaran Asean NCAP
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.