Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda HR-V 2025 Baharu Sudah Mendarat! Kini Lebih Bijak, Praktikal
Auto Terkini

Honda HR-V 2025 Baharu Sudah Mendarat! Kini Lebih Bijak, Praktikal

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Malaysia secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V 2025, versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM115,900.

Sejak diperkenalkan pada 2015, Honda HR-V mencatat lebih 170,000 unit jualan di Malaysia, dan kini menguasai 41 peratus pasaran SUV B-segmen bukan nasional di pasaran tempatan.

CEO Honda Malaysia: Sesuai Gaya Hidup Pemanduan Masa Kini

HR-V baharu ini adalah evolusi berani daripada model kegemaran rakyat Malaysia. Ia menggabungkan elemen sporty, inovasi serta praktikaliti pintar yang sesuai dengan gaya hidup pemandu masa kini.” – Narushi Yazaki, Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia

Pelancaran kali ini juga bertepatan sambutan 21 tahun teknologi hibrid Honda di Malaysia yang mencerminkan komitmen jenama itu terhadap mobiliti lestari dan produk berorientasi pelanggan.

Rekabentuk Luaran Lebih Tegap, Sporty

Honda HR-V 2025 facelift tampil dengan gril depan baharu yang disepadukan dengan lampu utama LED penuh dan sistem Lampu Belok Aktif (ACL), untuk varian RS sahaja.

Rekaan lampu belakang jalur penuh LED menjadikan penampilan lebih moden dan yakin. Semua varian kini didatangkan dengan rim aloi dwi-tona 18 inci, manakala varian e:HEV RS menerima pakej RS untuk gaya lebih garang.

Kabin Praktikal, Mewah


Ruang dalaman Honda HR-V 2025 facelift kini lebih premium dan ergonomik dengan varian e:HEV RS mendapat kerusi sporty dengan sulaman RS.

Konsol tengah turut direka semula yang kini dilengkapi pengecas wayarles, dan unit infotainmen jenis apung 8-inci dengan fungsi serta paparan dipertingkat.

Semua varian kini menyokong konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles. SUV subkompak itu turut disokong port USB Type-C depan dan belakang.

Juga dilengkapi Sistem Agihan Udara (ADS) unik untuk mengagihkan udara lebih sekata dan selesa. Ruang kabin HR-V juga cukup luas dan fleksibel yang sesuai untuk pemandu dan penumpang.

Pilihan Enjin, Prestasi

Ada tiga pilihan trenkuasa:

  • 1.5L DOHC i-VTEC – Output kuasa 121ps, dan tork 145Nm, sesuai untuk pemanduan harian yang ekonomi.
  • 1.5L VTEC Turbo – Output kuasa 181ps, dan tork 240Nm, sesuai untuk prestasi bertenaga dan responsif.
  • 1.5L e:HEV – Output kuasa 131ps, dan tork 253Nm, gabungan kuasa hibrid dan kecekapan serta anjakan lancar antara mod EV, hibrid dan enjin.

Tiga mod pandu turut disediakan: ECON, Normal, dan Sport yang membolehkan pemandu menyesuaikan gaya pemanduan mengikut keperluan.

Ciri Keselamatan, Konektiviti Moden

Ciri keselamatan kini lebih menyeluruh dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Honda SENSING dibekalkan sebagai standard untuk semua varian. Varian RS mendapat tambahan Lampu Pandu Adaptif (ADB) untuk varian RS.

Teknologi Honda CONNECT turut diperluas pada varian S dan E, yang menjadikan pengalaman pemanduan lebih pintar dan terkawal.

Harga Honda HR-V 2025 Facelift (Tanpa Insurans)

Berikut harga semua varian ditawarkan Honda HR-V 2025 facelift:

  • S – RM115,900
  • E – RM130,900
  • V – RM137,900
  • e:HEV RS – RM143,900

SUV subkompak itu tersedia dalam lima warna menarik, termasuk dua pilihan baharu: Phoenix Orange Pearl (jingga), dan Crystal Black Pearl (hitam), dan warna sedia ada seperti Platinum White Pearl (putih), Meteoroid Gray Metallic (kelabu) dan Stellar Diamond Pearl (biru cerah).

Model ini boleh ditatap dan dipandu uji di semua pengedar sah Honda Malaysia seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari laman web  www.honda.com.my atau hubungi talian 1-800-88-2020.

(Ciri khas varian RS dengan tambahan RM800 untuk warna Pearl)

Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
v
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
CEO Honda Malaysia Honda HR-V Honda HR-V 2025 Honda HR-V 2025 Facelift Honda Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV)
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.