Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Eropah Lancar Trio CB500 (2022), Guna Komponen Lebih Moden
Roda2

Honda Eropah Lancar Trio CB500 (2022), Guna Komponen Lebih Moden

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Eropah memperkenalkan barisan motosikal trio CB500 edisi 2022 iaitu CB500F, CBR500R dan CB500X yang sudah dikemas kini dan menggunakan komponen baharu. Belum ada maklumat mengenai harganya.

Ada komponen yang dikongi bersama ketiga-tiga model CB500 dan ada pula yang menerima komponen tersendiri mengikut trend semasa dan kesesuaian mengikut segmen motosikal. Berikut ialah perinciannya:

  • Ada penambahbaikan casis dan semua model CB500 dipasang sistem fork Showa Big Piston USD 41mm dengan ciri prabeban boleh laras. Bagi CB500X, travel suspensi depan kini 135mm.
  • Model CB500F dan CBR500R menerima rim aloi aluminium lebih ringan dengan desain 5-jejari Y berbanding 6-jejari sebelum ini. Model CB500X (2022) hadir dengan rim ringan 19 inci jenis jejari (spoked).
  • Sistem henti bagi semua model CB500 diperbaharu kepada jenis cakera berkembar 296mm (roda depan) dengan kaliper radial Nissin.
  • Ada talaan dibuat untuk memindahkan sebahagian berat belakang motosikal ke bahagian depan untuk meningkatkan kekuatan cengkaman.
  • Semua varian mendapat swingarm rekaan baharu yang lebih kuat tetapi lebih ringan. Ini disebabkan penggunaan keluli 2mm berbanding 2.3mm semasa pembuatannya.

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar CBR500R, CB500F dan CB500X, Harga Bermula RM34k

  • Swingarm menggunakan desain hollow cross-member yang didakwa lebih kukuh dan bersifat fleksibel untuk menambah baik aspek pengendalian tunggangan.
  • Trio CB500 menerima pemetaan enjin baharu untuk menambah baik rasa daya tork dan karakter.Ada naik taraf sistem suntikan bahan api untuk menambah baik hantaran tork pada julat sederhana.
  • Komponen radiator juga baharu yang membantu menurunkan berat 100g.
  • Output trenkuasa kekal 46.9hp @ 8,600rpm dan tork 43Nm pada 6,500rpm.
  • CBR500R mendapat lampu LED CBR650R manakala CB500X pula menerima lampu LED yang lebih menyerlah dengan lampu signal membelok seakan model Africa Twin.

BACA >>> Honda Transalp Muncul Kembali, Bakal Jadi Africa Twin Mini?

Warna Baharu

Ada pilihan warna baharu untuk edisi 2022 selain skim Grand Prix Red iaitu:

CB500F –  Pearl Smoky Gray (kelabu lembut), Matte Axis Gray Metallic (kelabu gelap) dan Pearl Dusk Yellow (kuning). 

CBR500R – Matte Gunpowder Black Metallic (kelabu) dengan grafik baharu

CB500X – Matte Gunpowder Black Metallic (hitam) dan Pearl Organic Green (hijau).

SUMBER: RideApart

CB500F 2022 CB500X 2022 CBR500R 2022 Honda CB500 Honda Eropah roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.