Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Dedah Lakaran SUV Elektrik Prologue (2024), Kerjasama dengan GM
Auto Terkini

Honda Dedah Lakaran SUV Elektrik Prologue (2024), Kerjasama dengan GM

Abang HirataBy Abang Hirata20/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JARANG kedengaran Honda bekerjasama dengan pengeluar lain kecuali di China. Namun, Honda nampak selesa bekerjasama dengan General Motors (GM) dan sudahpun dalam proses pembangunan model elektrik.

Honda baru-baru ini berkongsi lakaran pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik Prologue yang bakal dilancarkan pada 2024. Dari segi gaya, Prologue berbeza berbanding produk Honda sedia ada seperti Civic, HR-V dan ZR-V.

BACA >>> Prologue – SUV Elektrik Pertama Honda Bakal Debut 2024
BACA >>> Honda Mahu Lancar 10 Model EV Di China Dalam Tempoh 5 Tahun

Honda menjelaskan, gaya Prologue membawa imej pengembaraan dan sesuai untuk pemanduan harian dan aktiviti hujung minggu. Rekaan luaran Prologue adalah terjemahan kepada unsur kemas, ringkas dan timeless dengan jarak roda panjang, anjur (overhang) lebih pendek dan profil badan (stance) menyerlah.

Prologue direka di Studio Rekabentuk Honda di Los Angeles dengan kerjasama divisyen rekabentuk di Jepun. Di sebaliknya, ada kisah menarik apabila pereka di Los Angeles bekerjasama secara maya dengan divisyen rekabentuk dan pembangunan di Jepun berikutan pandemik Covid-19.

Selain memperkenalkan Prologue, Honda mempunyai rancangan lebih besar dengan bakal memperkenalkan 30 EV baharu peringkat global menjelang 2030 dengan jumlah 2 juta unit.

Berikut ciri Prologue:

  • Membawa pengaruh gaya EV global Honda seperti Honda e.
  • Menumpukan aspek aerodinamik dan talaan diperhalusi untuk badan kereta dengan permukaan ringkas dan kurang garisan bagi mempertingkat jarak gerak dan mengurangkan bunyi kabin.
  • Aspek tersebut penting kerana tanpa bunyi enjin, bunyian lain seperti angin dan sebagainya akan lebih jelas dalam kabin.

Berikut rancangan Honda di Amerika Utara:

  • Melibatkan tiga fasa utama: 2024, 2026 dan 2027.
  • 2024 – Jualan Prologue bermula.
  • 2026 – Pengeluaran dan jualan model Honda berasaskan platform Honda e:Architecture.
  • 2027 – Pengeluaran dan jualan siri EV mampu milik baharu berasaskan senibina kenderaan baharu yang dibangunkan bersama GM.

Daripada tiga fasa itu, Honda merancang menjual hampir 500,000 EV di Amerika Utara menjelang 2030. Honda juga sedang bekerjasama dengan pengedar bagi membangunkan pusat pengedaran baharu yang bersesuaian era jualan dan perkhidmatan EV.

BACA >>> Honda Perkenal HR-V Elektrik di Eropah, Sama Seperti China?
BACA >>> Honda EX-5 Fi Edisi Terhad (2022) Lancar, Hanya 2,000 Unit, RM5.1k Sahaja!

Auto Terkini EV General Motor (GM) General Motors GM Honda Honda Prologue Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.