Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CR-V Baharu Buka Tempahan, 4WD Kini Ada Honda Sensing
Auto Terkini

Honda CR-V Baharu Buka Tempahan, 4WD Kini Ada Honda Sensing

Han OthmanBy Han Othman06/10/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini membuka tempahan CR-V baharu di semua pengedar Honda seluruh negara.

Pengarah Urusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Toichi Ishiyama berkata, CRV mencatatkan sejarah sebagai model pemasangan tempatan (CKD) pertama yang dikeluarkan dari kilang Melaka pada 2003 dan menerajui segmen SUV dan perkongsian pasaran dengan lebih 100,000 unit terjual.

Ishiyama berkata;

Kami yakin CR-V baharu bukan hanya meneruskan jejak rekod luar biasa, tetapi juga meraih status sebagai nombor satu dalam segmen SUV bukan nasional dengan menawarkan pakej lengkap terdiri daripada luaran memberangsangkan, enjin VTEC Turbo dan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Baharu, Honda Sensing.

“Kami yakin CR-V baharu dipertingkat ini ialah SUV ideal untuk keluarga dan profesional yang memiliki cita rasa sofistikated dan bergaya.” katanya.

Luaran CR-V baharu kini diperhalusi untuk menyerlahkan karakter sofistikated dan moden. Rupa depan lebih menawan dengan gril hitam baharu yang digabungkan dengan lampu utama LED signatur Honda, manakala bampar depan menampilkan fasia krom gaya-sayap baharu – Wing-Style Chrome Fascia.

Daya tarik SUV ini diteruskan lagi menerusi rekabentuk belakang krom gelap New Rear Dark Chrome dan lampu belakang kemasan smoke New Smoked Finish Taillights. Bampar belakang turut dicantikkan dengan kemasan Wing-Style Chrome Fascia dan kemasan paip ekzos baharu, New Tail Pipe Finisher.

Bahagian roda CR-V baharu menggunakan rim aloi dwi-tona 18 inci dengan rekaan baharu. SUV ini turut dilengkapi ciri termaju baharu seperti but elektrik bebas tangan yang boleh dibuka dengan menggerakkan kaki di bawah bampar belakang untuk buka atau tutup.

Trenkuasa dijana enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 190hp dan tork 243Nm yang menjadikan SUV ini lebih berkuasa daripada prestasi enjin 2.4L, tetapi pada masa sama menawarkan penjimatan bahan api.

Sebagai tambahan, CR-V masih mengekalkan prestasi 4WD dinamik dengan Sistem Kawalan Pintar untuk memindahkan tork tanpa masalah lengah dan menyediakan kuasa optimum ke roda belakang untuk traksi dan kawalan lebih baik.

Tidak dilupakan ciri keselamatan termaju untuk perlindungan menyeluruh kepada pemandu dan penumpang, termasuk pakej Honda Sensing yang terdiri daripada lapan ciri berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Susur Halaju-Perlahan (LSF)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Mitigasi Tukar Jalan (RDM)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Lagi, Honda LaneWatch kini menjadi ciri keselamatan standard untuk CR-V baharu yang dibangunkan untuk menambah baik kepekaan dan menjamin keselamatan pemandu. Sistem ini menggunakan kamera yang dipasangkan pada cermin sisi penumpang sebelah dengan visual dipaparkan pada skrin unit infotainmen apabila membelok atau menukar lorong.

Sejak dilancarkan pada 2017, lebih 36,000 unit CR-V generasi kelima berada atas jalan Malaysia dengan menyumbang 19 peratus kepada pasaran segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) bukan nasional. Pelancaran CR-V baharu ini dijadualkan berlangsung pada suku keempat tahun ini.

CR-V baharu kini siap sedia ditempah di 101 wakil pengedar sah Honda seluruh negara. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol Honda, 1-800-88-2020, atay layari www.honda.com.my.

Auto Terkini Honda CR-V Baharu Honda Malaysia honda sensing Tempahan Honda CR-V Baharu Toichi Ishiyama
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Kenderaan terbiar Shah Alam
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang kuasa PBT adalah terhad kecuali.. – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.