Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic Type R HRC Concept dan Prelude HRC Concept di Tokyo, Turut Perkenal Trail Line Untuk Off-Road Line
Roda4

Honda Civic Type R HRC Concept dan Prelude HRC Concept di Tokyo, Turut Perkenal Trail Line Untuk Off-Road Line

Abang HirataBy Abang Hirata09/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA Motor Co., Ltd. membuka tirai Tokyo Auto Salon 2026 dengan memperkenalkan deretan model konsep dan jentera perlumbaan yang mewakili passion for driving performance, selari dengan hala tuju baharu Honda dalam memantapkan DNA sukan permotoran jenama itu.

Satu lagi produk menarik ialah kemunculan dua siri baharu, Sport Line dan Trail Line selain model HRC-spec yang memanfaatkan teknologi perlumbaan Honda Racing Corporation (HRC).

Honda Sports DNA: Asas Hala Tuju Model Sport Baharu

Sejak awal penubuhan, Honda menjadikan perlumbaan dan pembangunan model sport sebagai tunjang inovasi.

Teknologi dan kepakaran yang dikutip daripada litar perlumbaan diterapkan terus ke dalam model produksi untuk memberikan joy of driving at the will of the driver.

Melalui DNA inilah Honda merancang memperluaskan rangkaian model sport untuk model jalanan (on-road) dan off-road.

Perancangan utama ialah pengenalan model HRC-spec pada lebih banyak model produksi, memanfaatkan pengalaman pelumba dan jurutera HRC dari seluruh dunia.

Dua Produk Baharu: Sport Line dan Trail Line

Honda menampilkan model konsep bagi kedua-dua siri sebagai gambaran awal arah masa depan Honda.

Sport Line

Barisan model produksi baharu diinspirasikan penyertaan Honda dalam pelbagai perlumbaan jalanan.

Civic Type R HRC Concept

  • Berdasarkan Civic Type R, dibangunkan dengan teknologi dan kepakaran HRC.
  • Ditala untuk menawarkan joy of driving yang lebih mendalam, hasil pembangunan di persekitaran perlumbaan sebenar.

Prelude HRC Concept

  • Berdasarkan Prelude generasi baharu yang dijual sejak September 2025.
  • Dilengkapi HRC Performance Parts yang dibangunkan untuk meningkatkan keupayaan pemanduan dengan memanfaatkan teknologi perlumbaan Honda.

Trail Line

Selain perlumbaan di litar, Honda juga serius dalam perlumbaan off-road dan kini diberi perhatian dengan lebih mendalam. Bukan sahaja empat roda, Honda turut bergiat aktif dalam sukan lasak dua roda.

Siri off-road ini diasaskan daripada penyertaan Honda melalui HRC dalam pelbagai perlumbaan lasak, termasuk Baja dan menjadi asas kepada pembangunan Trail Line.

Ciri utama Trail Line ialah gabungan gaya aktif dan lasak dengan kemampuan off-road yang lebih menyeluruh untuk memberikan keseronokan memandu dalam pelbagai persekitaran.

Passport TrailSport Elite (Pasaran Amerika Utara)

  • Model ikonik Trail Line yang menekankan kemampuan off-road penuh pada SUV Passport.

TrailSport HRC Concept

  • Model konsep berasaskan SUV Honda sedia ada: CR-V, ZR-V, Vezel dan WR-V.
  • Disuntik kepakaran off-road HRC dan reka bentuk yang mencerminkan prestasi dinamik serta semangat pengembaraan.

Varian ditampilkan:

  • CR-V TrailSport HRC Concept
  • ZR-V TrailSport HRC Concept
  • Vezel TrailSport HRC Concept
  • WR-V TrailSport HRC Concept

Model Lain di TAS 2026

Honda menampilkan prototaip bagi varian RS yang lebih sporty untuk Civic e:HEV. Ini ialah model kedua selepas Prelude baharu yang menerima teknologi Honda S+ Shift untuk HEV.

Model produksi dijangka dijual di Jepun sebelum akhir 2026.

Super-ONE Prototype

Prototaip EV kompak ini dipertontonkan dalam salah satu warna rasmi produksi buat kali pertama.

Ciri utama:

  • Boost Mode yang meningkatkan kuasa sambil menyelaraskan transmisi simulasi 7-kelajuan dan Active Sound Control untuk menghasilkan bunyi enjin serta rasa tukaran gear seperti kereta petrol sebenar.
  • Pacuan EV digabungkan sensasi enjin tradisional untuk pengalaman memandu baharu yang mengujakan.
  • Menjadi model kompak Honda pertama menggunakan Bose Premium Sound System dengan talaan akustik eksklusif.

Model produksi Super-ONE dijangka dilancarkan di Jepun sebelum akhir 2026.

Acura Integra Type S (Pasaran Amerika Utara)

  • Menggunakan transmisi manual 6-kelajuan dan enjin 2.0L turbo sama seperti Civic Type R.
  • Rekaan luaran menampilkan kemewahan premium Acura dengan imej agresif yang menonjol di jalan raya.
Honda Honda Civic Type R Honda Civic Type R HRC Concept Honda Prelude Honda Prelude HRC Concept Honda Racing Corporation (HRC) HRC
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.