Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Civic Sport Line (2020) Inspirasi Type R untuk Pasaran Eropah
Roda4

Honda Civic Sport Line (2020) Inspirasi Type R untuk Pasaran Eropah

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Civic memperkenalkan varian baharu, Sport Line sebagai model 2020 untuk pasaran Eropah dengan menampilkan kemas kini gaya sport yang diilhamkan daripada Type R menerusi tambahan aksesori berasaskan varian Civic paling premium EX.

BACA >>> Honda Malaysia Tayang Civic Facelift dengan Kemas Kini Signifikan, Gaya Lebih Sporty

Rekabentuk luaran didatangkan dengan skirt depan dan sisi, difuser belakang dan spoiler lebih nipis. Juga dipasangkan rim aloi 17 inci dalam kemasan Piano Black berkilau dan LED penuh pada lampu utama dan lampu siang (DRL). Sebagai tambahan kepada warna luaran biasa, Civic Sport Line (2020) boleh didapati dalam warna baharu, Obsidian Blue.

Ruang kabin menampilkan naik taraf gaya sport dengan kemasan sulaman benang merah pada kerusi, stereng, tombol gear, panel pintu dan pedal aluminium, manakala set pedal jenis aluminium lelubang. Ciri standard terdiri daripada sistem infotainment Honda Connect dengan fungsi radio DAB, Apple CarPlay dan Android Auto, manakala varian EX ditambah kamera undur yang disepadukan pada skrin.

Seperti model Civic lain, Sport Line (2020) menawarkan pakej keselamatan Honda Sensing seperti Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Tukar Lorong (LDW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS) dan Pengecaman Tanda Jalan (TSR) sebagai ciri standard. Varian atasan pula diberikan tambahan fungsi Maklumat Titik Buta (BSI), termasuk Pemantau Trafik Lintas (CTM), dan Susur Halaju Rendah (Low Speed Following).

Jika anda jangka penampilan sporty akan datang bersama enjin berkuasa, Civic Sport Line 2020 ini mungkin mengecewakan. Model ini hanya didatangkan dengan enjin 3-silinder 1.0L pengecas turbo berkuasa 124hp dan tork 200Nm yang dipadankan transmisi manual 6-kelajuan atau CVT dengan pedal syif.

Di Britain, Civic Sport Line (2020) akan dijual pada harga bermula £25,510 (RM142,346) untuk versi manual dan  £26,910 (RM150,158) untuk CVT, manakala penghantaran akan dibuat Januari 2020.

BACA >>> #BikinKereta: Honda Civic EG8 ‘LHD’ yang Merah Mak Ngah
GALERI

SUMBER: CarScoops

Civic Sport Line 2020 generasi Honda Civic hatchback Honda Civic Honda Civic Baharu Honda Civic Sedan Honda Civic Sport Line (2020) Roda 4 Segmen C
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.