• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CBR250RR (2020) Lancar Malam Ini! Tonton FB, Jawab Soalan, dan Menang Hadiah!

Honda CBR250RR (2020) Lancar Malam Ini! Tonton FB, Jawab Soalan, dan Menang Hadiah!

December 18, 2020 By Aryon Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) nampaknya tidak mahu berselindung lagi dan memang benar seperti diramalkan model baharu bakal dilancarkan sebentar lagi ialah CBR250RR (2020).

Ini dapat dilihat pada status Facebook BSH dengan nama Honda Motorcycle Malaysia, yang secara terus terang memaklumkan nama model sportbike suku liter itu berserta tarikh pelancaran jam 8 malam ini.

Cuma persoalan belum terjawab ialah varian yang bakal dibawa masuk. Adakah spesifikasi Jepun, atau ada varian lebih bajet seperti di Indonesia? Namun, ramalan kami berdasarkan trend permintaan pembeli motosikal Malaysia, CBR250RR (2020) yang akan diperkenalkan nanti ialah spesifikasi tertinggi, sama seperti model Jepun.

CBR250 spesifikasi Jepun dijana enjin 4-lejang 2-silinder 249cc DOHC penyejukan air PGM-FI berkuasa 39hp (41ps) @ 13,000rpm dan tork 25Nm @ 25Nm @ 11,000rpm, dengan transmisi manual 6-kelajuan. Sistem transmisi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem henti jenis brek cakera tunggal depan dan belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Turut dibekalkan ialah ciri Quick Shifter, teknologi Throttle-by-Wire dan klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).


BSH turut menawarkan peluang memenangi hadiah menarik berupa kemeja-T '800th Win' dan sarung tangan 'Semangat Impian' pada majlis pelancaran digital sebentar lagi semudah 3 langkah di bawah ini:

  1. Langkah 1: Tengok pelancaran Honda secara ‘live’ di Facebook
  2. Langkah 2: Perhatikan soalan yang Min akan letak dalam segmen komen
  3. Langkah 3: Like, share, tag tiga kawan dan jawab.

Jawapan tepat dan terpantas akan dipilih sebagai pemenang. Tunggu apa lagi!

BACA >>> Thailand Lancar Honda CBR150R (2020) dengan Empat Warna Baharu Lebih Sporty
BACA >>> Honda CBR1000RR Fireblade (2011) Versi Lumba Ini Pernah Ditunggang Simoncelli, RM56k

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), BSH, Honda, Honda CBR250RR (2020), Honda Motorcycle Malaysia, roda2, sportbike, sportbike 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
    5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my