Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CB750 Hornet E-Clutch 2026 Lancar untuk Pasaran AS, Harga RM32.5k
Roda2

Honda CB750 Hornet E-Clutch 2026 Lancar untuk Pasaran AS, Harga RM32.5k

Abang HirataBy Abang Hirata08/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda CB750 Hornet E-Clutch 2026 | AS

HONDA meneruskan agenda memodenkan barisan motosikal jalanan dengan memperluas teknologi E-Clutch kepada Honda CB750 Hornet pasaran Amerika Syarikat (AS).

CB750 Hornet juga model Honda pertama dengan E-Clutch yang dilengkapi sistem terotel elektronik throttle-by-wire (TBW), untuk kawalan elektronik dipertingkat.

Dengan kemasukan CB750 Hornet, kini terdapat empat model Honda dilengkapi E-Clutch di AS, iaitu CB650R, CBR650R, dan Rebel 300 E-Clutch.

Apa Baharu Honda CB750 Hornet E-Clutch 2026?

  • Sistem Honda E-Clutch penuh
  • Kowl bawah baharu
  • Model Honda pertama menggabungkan E-Clutch dan throttle-by-wire

E-Clutch Mudahkan Penunggang

Honda CB750 Hornet E-Clitch 2026 | AS

Honda E-Clutch dibangunkan untuk memberikan pengalaman menunggang lebih lancar, cepat tanpa mengubah struktur asas klac dan transmisi manual.

Sistem itu mengekalkan kawalan manual motosikal, tetapi menambah automasi pintar untuk memudahkan operasi harian.

Ciri Utama E-Clutch CB750 Hornet

Operasi Mudah

  • Penunggang tidak perlu tarik klac untuk mula bergerak, berhenti, dan menaikkan gear atau menurunkan gear
  • Cukup menekan pedal gear, sistem akan menguruskan bukaan klac, suntikan bahan api dan penjajaran rpm secara automatik
  • Operasi lebih lancar berbanding quickshifter kerana E-Clutch mengawal klac sepenuhnya

Peralihan Gear Lancar

  • Sistem mengurus anjakan gear dengan tepat, mengelakkan hentakan dan memastikan pemanduan stabil di trafik henti-gerak atau di cerun
  • Mengelakkan enjin mati tiba-tiba

Integrasi dengan TBW (Throttle-by-Wire)

  • Menyediakan auto-blip ketika menurunkan gear, menyamakan rev enjin dengan kelajuan roda belakang.
  • Melaras bukaan throttle-butterfly mengikut mod tunggang:
    • SPORT: Kuasa maksimum dan pengalaman tunggangan lebih agresif
    • STANDARD: Seimbang untuk kegunaan harian
    • RAIN: Kuasa lebih lembut dan kawalan lebih stabil untuk cuaca ekstrem
  • Tetapan mod boleh disesuaikan pada USER 1 dan USER 2

Tetapan Pedal Gear

  • Tiga tahap kekerasan pedal boleh dipilih: Hard, Medium, dan Soft
  • Tetapan boleh berbeza untuk naik dan turun gear, yang membolehkan penunggang menyesuaikan kekerasan mengikut gaya tunggangan

Kawalan Manual Tetap Ada

  • Penunggang boleh menggunakan klac manual bila-bila masa
  • Apabila tuil klac ditarik, sistem E-Clutch berhenti seketika dan aktif semula selepas dilepaskan (kurang 1 saat pada rpm tinggi atau 5 saat pada rpm rendah)
  • Paparan meter akan menunjukkan simbol ‘M’ ketika E-Clutch berhenti sementara
  • Sistem juga memberi isyarat menurunkan gear jika motosikal berada dalam gear terlalu tinggi pada halaju tertentu

Perubahan untuk Keselesaan

  • Struktur pemasangan E-Clutch diubah untuk menambah ruang kaki
  • Aci klac (clutch cam) dibahagi dua dan gear tambahan dipasang untuk mengalih kedudukan 1.6 inci dari kaki penunggang

Kawalan Elektronik

Dengan TBW, penunggang boleh memilih mod:

  • SPORT: Kuasa maksimum, kawalan minimum
  • STANDARD: Seimbang
  • RAIN: Respons lebih perlahan, kawalan traksi lebih agresif
  • USER 1 / USER 2: Tetapan boleh simpan untuk kombinasi EP/EB/HSTC pilihan

Casis, Suspensi dan Brek

Honda CB750 Hornet E-Clitch 2026 | AS

Rangka Honda CB750 Hornet menggunakan keluli berlian (diamond steel) dengan berat 16.6kg sahaja.

Fork Showa 41mm SFF-BP dengan jarak travel 130mm di depan, dan absorber Pro-Link boleh laras pra-beban 7-tetapan.

Rim ringan jenis Y-spoke digunakan untuk meningkatkan pengendalian dan brek depan dilengkapi dwi-cakera 296mm dengan kaliper Nissin radial untuk kuasa henti mantap.

Harga, Warna dan Spesifikasi Ringkas

  • Enjin: 4-lejang dwi-silinder 755cc sebaris 270º
  • Warna: Matte Nightshade Blue, Black
  • Berat: 196kg
  • Kapasiti tangki: 15.1 liter
  • Tinggi pelana: 795mm
  • Dimensi: Panjang 2,093mm, lebar 783mm, dan tinggi 1,085mm
  • Jarak tinggi bumi: 142mm
  • Jarak roda: 1,420mm
  • Harga: AS$7,999 (RM32,500)
  • Ketersediaan: Februari 2026
Honda CB750 Hornet E-Clitch 2026 | AS
Honda CB750 Hornet E-Clitch 2026 | AS
Honda CB750 Hornet E-Clitch 2026 | AS
Honda CB750 Hornet E-Clitch 2026 | AS
E-Clutch Honda Honda CB750 Hornet Honda CB750 Hornet E-Clutch naked bike roda2
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
Roda2

Triumph Street Triple 765 RX Tiba di Malaysia, Edisi Terhad, Dari RM81,100

19/02/2026
Roda2

Triumph Trident 800 Rasmi di Malaysia, Bermula RM53,900

19/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

19/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam23/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.