Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda CB350RS 2024 Tiba dalam Dua Warna Pilihan, Harga RM20.5k!
Auto Terkini

Honda CB350RS 2024 Tiba dalam Dua Warna Pilihan, Harga RM20.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BOON Siew Honda (BSH) melancarkan model baharu Honda CB350RS edisi 2024 ke pasaran tempatan, hadir dengan dua pilihan warna Mat Massive Gray Metallic (kelabu) dan Athletic Blue Metallic (biru).

Harga jualan asas motosikal road sport itu ialah RM20,500, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan caj-caj pendaftaran. Jaminan diberi ialah dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu).

APA YANG MENARIK

  • Lampu utama klasik berbentuk bulat dengan sistem pencahayaan LED dan dilengkapi rekaan cincin.
  • Rekabentuk badan gayaan menawan dengan meter gabungan analog-digital.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC). HSTC boleh dinyah aktif.
  • Penukaran gear lebih lancar dengan klac Assist & Slipper.

PERINCIAN

  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 348cc OHC dengan sistem sejukan udara dan suntikan bahan api (PGM-Fi), menawarkan kuasa 20.8hp @ 5,500rpm dan tork 30Nm pada 3,000rpm.
  • Kotak gear manual 5-kelajuan dengan teknologi sistem klac Assist & Slipper.
  • Tangki minyak 15 liter.
  • Frem jenis semi double cradle dengan fork teleskopik konvensional dan absober berkembar.
  • Dimensi panjang 2,171mm, lebar 782mm, tinggi 1,097mm. Jarak roda 1,441mm dan jarak bumi 168mm.
  • Ketinggian pelana 800mm dan berat kasar motosikal 178kg.
  • Rim aloi depan 19 inci dengan tayar 100/90, belakang 150/70 menggunakan rim 17 inci.
  • Brek cakera tunggal depan 310mm, belakang 240mm dengan Sistem ABS dwi-saluran.
autoterkini Boon Siew Honda (BSH) Honda CB350RS roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.