• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021) Lancar dengan Fork USD Lebih Besar daripada ZX-25R

Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021) Lancar dengan Fork USD Lebih Besar daripada ZX-25R

December 1, 2020 By AI 1 Comment

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ROMBAKAN dilakukan Honda pada CB125 (2021) nyata mantap yang mana semua sisi model berkenaan mendapat sentuhan terkini.

Pembaharuan pertama dilakukan ialah aspek enjin 125cc yang patuh Euro5 dan kini lebih berkuasa dengan tambahan 1.63ps dan tork 1.2Nm untuk menghasilkan angka kuasa baharu, 14.7hp @ 10,000rpm dan tork 11.6Nm @ 8,000rpm, manakala pecutan 0-200kmj sepantas 11.3 saat.

Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_4
Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_1
Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_9
Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_11

Selain itu, saiz gerek dipertingkat daripada 57.3mm kepada 58mm, manakala lejang lebih pendek berbanding sebelum, daripada 48.4mm menjadi 47.2mm. Ini termasuk nisbah mampatan enjin daripada 11.1 kepada 11.3. Honda juga mendakwa kelajuan maksimum CB125 kini lebih tinggi 4kmj.

Paling istimewa, suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD) jenis SFF BP (Separate Function Fork Big Piston) 41mm, yang lebih besar daripada ZX-25R (37mm). Suspensi belakang pula dipasangkan monoshock jenis prabeban boleh laras.

CB125 (2021) memiliki kapasiti tangki 10.5 liter dan dipadankan brek cakera radial 296mm di depan dan 220mm (belakang) yang dibalut tayar depan 110/70-R17 dan tayar belakang 150/60R17. Khabarnya model ini akan dipasarkan di Eropah dan Jepun.

Honda turut melengkapkan naked bike aras mula ini dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) berserta unit unjuran inersia (IMU), manakala lampu depan dan belakang jenis LED yang turut tersedia paparan LCD multi-info.

BACA >>> Memang Mantap Kalau Inilah Rupa Honda CB1100X Serba Baharu Akan Datang
BACA >>> #TahukahAnda: Jangan Tinggal 8 Benda Ini dalam Kereta!

Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_6
2021 HONDA CB125R
2021 HONDA CB125R
2021 HONDA CB125R
2021 HONDA CB125R
2021 HONDA CB125R
Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_4
Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_9
Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_11
Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021)_1
386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Fork USD, Honda, honda cb125r, Honda CB125R Neo Sport Cafe (2021), naked bike, nakedbike, roda2, sportbike

Comments

  1. Jan says

    December 1, 2020 at 6:36 PM

    kalau masuk malaysia, kena kurang2 150cc, baru bleh saing MT15.

    Tapi biar betik, boleh pecut sampai 200kmh dalam masa 11.3 saat? typo kot?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my