Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda AWV – Kereta Comel, Lasak Tanpa Pemandu untuk Kerja Berat di Tapak Pembinaan
Roda4

Honda AWV – Kereta Comel, Lasak Tanpa Pemandu untuk Kerja Berat di Tapak Pembinaan

Abang HirataBy Abang Hirata22/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA ada yang belum bersedia menerima kenderaan elektrik (EV), ketahuilah pengeluar automotif hari ini sedang berusaha ke arah teknologi tanpa pemandu pula.

Malah, beberapa teknologi autonomi tersebut sudahpun dipasang pada kenderaan di pasaran dengan menawarkan ciri seperti brek automatik atau stereng boleh putar sendiri.

Terbaharu, Honda dan Black & Veatch baru saja selesai menguji prototaip Kenderaan Kerja Autonomi  (Autonomous Work Vehicle, AWV) di tapak pembinaan di New Mexico, Amerika Syarikat (AS).

Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan dan pembinaan yang ditubuhkan sejak 1915. Prototaip kedua Honda AWV itu diuji di tapak pembinaan ladang solar yang diberikan tugas menunda dan mengangkut bahan pembinaan dan bekalan air.

Ini juga kali pertama AWV diuji dalam beberapa unit serentak di tapak pembinaan. AWV mula ditayangkan dalam bentuk konsep pada acara Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2018 di Las Vegas, dibina menggunakan platform kenderaan side-by-side Honda sedia ada.

Di tapak pembinaan, pekerja Black & Veatch dilatih jurutera Honda, termasuk menerima protokol keselamatan bagi mengendalikan jentera itu dengan berkesan. Maklum balas dan maklumat diberikan dapat membantu meningkatkan keupayaan dan perkhidmatan AWV.

Bagaimanakan AWW dapat bergerak tanpa pemandu? Berikut senarai komponen dan fungsi:

  • Sensor untuk bergerak secara autonomi.
  • GPS untuk lokasi.
  • Radar dan lidar (light detection and ranging) untuk mengesan halangan.
  • Kamera stereoskopik (3D) bagi pemantauan kawalan jauh.

Selain bergerak secara autonomi, AWW juga boleh dioperasikan menggunakan alat kawalan jauh.

Peta Definisi Tinggi (HD)

Tapak pembinaan ladang solar Black & Veatch mempunyai karakteristik yang disusun dalam corak berulang,  sesuai untuk menguji AWV. Ini kerana kenderaan autonomi perlu bergantung kepada peta untuk berfungsi baik. Jadi, Honda menghasilkan peta HD tapak pembinaan itu yang berkeluasan 1,000 ekar.

Dengan peta disediakan, pekerja Black & Veatch boleh menetapkan lokasi mula dan henti pelbagai unit AWV. Tetapan itu dibuat menggunakan aplikasi antaramuka berasaskan storan awan (cloud based) menerusi tablet atau komputer.

Hasil akhir melihatkan AWV mampu menghantar barangan dan bekalan, termasuk dapat berhenti dalam jarak beberapa sentimeter saja dari lokasi ditetapkan.

Selain lokasi tepat, ujian juga menunjukkan keupayaan sistem bateri AWV yang digunakan untuk membekalkan kuasa kepada sensor dan memacu kenderaan tersebut. Tempoh dan persekitaran di tapak pembinaan memang mencabar dengan kegunaaan hingga lapan jam pada suhu tinggi.

AWV juga mampu mengangkut beban hampir 408kg yang turut berupaya menunda treler di belakang dengan beban lebih 725kg.

Berdasarkan ujian itu, AWV mampu menjalankan pelbagai tugas dan tujuan, terutama apabila wujud halangan dari segi tenaga kerja dan faktor keselamatan. AWV seakan boleh digunakan meluas, tetapi Honda belum mengumumkan rancangan mahu mengkomersialkan kenderaan itu.

Justeru Honda akan terus menguji di lapangan dan menariknya, Honda turut mempelawa mana-mana syarikat berminat untuk sama-sama menguji prototaip berkenaan.

Spesifikasi Honda AWW Generasi Kedua
  • Dimensi: Panjang 9’ 6”, tinggi 4’ 8”, dan lebar 4’ 11”
  • Beban Muatan Maksimum: 399 kg
  • Had Beban Tunda: 750 kg
  • Jarak dengan Kapasiti Beban Maksimum: Sehingga 45 km
  • Tempoh Cas: Hingga 6 jam (120v)

BACA >>> #BikinKereta: Jentera Lumba Civic Si Ini Sentuhan Divisyen Permotoran Honda Amerika
BACA >>> Honda Passport TrailSport (2022) – SUV Lasak Khas untuk Orang Amerika!

Black & Veatch Honda Honda Autonomous Work Vehicle Honda AWW Kenderaan Kerja Autonomi  (AWV) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.