HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sekali lagi menunjukkan komitmen terhadap pembangunan sukan negara apabila tampil sebagai Penaja Perak kepada pasukan ragbi kebangsaan lelaki dan wanita, dikenali Bungaraya 7s, yang kini giat membuat persiapan ke Sukan SEA ke-33 di Thailand, hujung tahun ini.
Sebagai penaja rasmi, HLYM menyumbang RM200,000 bagi menyokong aspek latihan, pemakanan, pembangunan dan elaun pemain dalam usaha negara memburu pingat di temasya sukan serantau itu.
Majlis Penyerahan Rasmi di Genblu Cafe

Majlis penyerahan cek penajaan berlangsung di Genblu Cafe, HLYM dengan kehadiran pemain Bungaraya 7s lelaki dan wanita, barisan kepimpinan Malaysia Rugby yang diketuai Presiden, Amir Amri Haji Mohamad, serta Pengarah Urusan HLYM, Profesor Datuk Dr Jim Khor Mun Wei bersama barisan pengurusan kanan dan wakil media.
Pasukan Bungaraya 7s Bukan Calang-Calang
Sebagai rekod, pasukan ragbi negara pernah meraih:
- Pingat Perak dan Gangsa: Sukan SEA 2019
- Naib Juara: Kejohanan Asia Tenggara 7s 2025 di Singapura
Kebanyakan pemain Bungaraya 7s terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang menunjukkan disiplin tinggi, semangat kesukanan dan daya juang luar biasa, walaupun berdepan pelbagai kekangan logistik dan kewangan.
Kami menghargai sumbangan HLYM yang sangat bermakna menjelang Sukan SEA. Ia bukan saja membantu dari aspek latihan, tetapi juga menyuntik semangat seluruh pasukan."
- Amir Amri, Presiden Malaysia Rugby
Yamaha dan Semangat Juang Atlet
Menurut Dr Jim, semangat ditonjolkan pasukan ragbi kebangsaan sangat bertepatan nilai utama jenama Yamaha seperti kerjasama pasukan, ketabahan dan daya juang tinggi.
Kami berharap sumbangan ini mampu memenuhi keperluan latihan, pemakanan dan kesejahteraan atlet, sekaligus meningkatkan prestasi mereka di pentas antarabangsa," katanya.
Menu Khas 'BLUngaraya 7's Chicken' di Genblu Cafe
Sebagai simbolik kerjasama, Genblu Cafe memperkenalkan menu khas bertemakan sukan, dinamakan 'BLUngaraya 7's Chicken' yang diilhamkan daripada semangat perpaduan dan kekuatan fizikal pasukan Bungaraya 7s.
Menariknya, hidangan itu diolah dengan tujuh ramuan terpilih yang mewakili unsur nutrisi seimbang dan tenaga optimum bagi menyokong prestasi atlet, sekali gus menggambarkan usaha kreatif menyokong pemakanan sukan dalam gaya santai.
Ayuh Malaysia, Sokong Bungaraya 7s ke Thailand!
Dengan sokongan korporat seperti HLYM, ditambah semangat juang anak muda negara, pasukan Bungaraya 7s kini berada di landasan terbaik untuk membawa pulang pingat buat Malaysia.
HLYM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Bungaraya 7s dan mengangkat nama Malaysia ke puncak kejayaan sukan ragbi Asia Tenggara!
Leave a Reply