HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) meraikan pengeluaran motosikal ke-6 juta unit, iaitu supermoped Yamaha Y16ZR 6MRO. MRO bermaksud 'Millionth Roll Out'.
Pengeluaran keenam juta itu bukan melibatkan Y16ZR sehaja, tetapi semua motosikal versi pemasangan tempatan (CKD) yang melepasi barisan pengeluaran dari kilang HLYM sejak 1979.
Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Datuk Prof Dr Jim Khor berkata;
Kami mengambil masa 46 bulan untuk mencatat jumlah pengeluaran kelima juta. Hari ini kami meraikan 6MRO yang dicapai dalam masa 37 bulan."
Leave a Reply