• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Hino 700 Series Kini dengan Transmisi AMT ZF16 untuk Tukaran Gear Lebih Lancar

July 18, 2019 By AI Leave a Comment


HINO Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM), anak syarikat Hino Motors Ltd memperkenalkan trak tugas berat Hino 700 Series dengan teknologi transmisi auto-manual 16-kelajuan (AMT) baharu ke pasaran tempatan.

Trak popular untuk pelanggan flit ini didatangkan dalam tiga pilihan model:

  • Hino 700 Series 4x2
  • Hino 700 Series 6x2
  • Hino 700 Series 6x4 Prime Mover

Tawaran transmisi AMT ZF16 memudahkan pemandu menukar gear pada halaju tinggi dan mengurangkan keletihan kerana kerap menggunakan gear dan klac sepanjang pemanduan. Pemandu juga boleh memilih transmisi manual sekuensial untuk menukar gear sendiri.

Menerusi transmisi AMT, pelanggan dapat mengurangkan kos operasi menerusi penjimatan bahan api dan kos menggantikan klac. Padanan kepada transmisi baharu ini ialah trenkuasa pengecas turbo intercooler common-rail Euro 3 bersesaran 12, 913cc berkuasa 458hp @ 1,800rpm dan tork maksimum 2,197Nm @ 1,100rpm. 

BACA >>> Hino Lancar Model Pertama di Kilang Baharu

HINO 700 SERIES_1
HINO 700 SERIES_4

 

Walaupun dibangunkan dan dipasangkan di Jepun, Hino 700 Series boleh digerakkan menggunakan B10 Biodiesel tanpa apa-apa perubahan pada komponen atau selang servis.

Selain transmisi baharu, ruang kabin Hino 700 Series dioptimumkan untuk penglihatan lebih baik, manakala operasi dan akses masuk kabin dimudahkan menerusi pemasangan tangga pertama yang bersambung terus kepada casis.

Tidak ketinggalan turut ditawarkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang berfungsi mengawal agihan brek setiap roda, rusuk pintu kukuh, lampu depan dengan reflektor besar untuk penglihatan lebih jelas pada malam dan pelindung bampar depan bawah bagi mencegah seretan ketika kemalangan.

BACA >>> Isuzu Perluas Barisan Trak Komersial 2019 untuk Penuhi Pelbagai Keperluan Pengguna

Kemas kini lain termasuk suspensi udara belakang dan kerusi tiga dimesi dengan bentuk semi-buket dan suspensi ISRI untuk keselesaan memandu jauh.

GALERI

Filed Under: Roda4 Tagged With: HINO, Hino 700 Series, Hino 700 Series 4x2, Hino 700 Series 6x2, Hino 700 Series 6x4 Prime Mover, Hino Malaysia, Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd, Hino Motors Ltd, lori, Trak, trak tugas berat, treler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
  • #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
  • #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my