• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Hino Lancar Model Pertama di Kilang Baharu

BERITA AUTO: Hino Lancar Model Pertama di Kilang Baharu

April 18, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Staff and guests pose with made-in-Sendayan HINO trucks after the plant's official line-off ceremony

HINO Motors Manufacturing Malaysia Sdn Bhd (HMMMY) melancarkan kenderaan komersil ringan pertama, HINO 300 Series di kilang baharu di Sendayan TechValley, Negeri Sembilan.

Menelan pelaburan RM140 juta, kilang dibina kurang setahun itu dirasmikan Pengarah Urusan HMMMY, Ikuo Shibano. Turut hadir pada majlis pelancaran, Timbalan Pnegerusi UMW Toyota Motor, Datuk Takashi Hibi.

Dibina atas tapak keluasan 170,000 meter persegi, kilang ini dilengkapi ciri keselamatan inovatif seperti kawasan pemeriksaan statik dan dinamik yang berasingan serta ruang tinjauan khas untuk pelawat. Keupayaan pengeluaran 10,000 unit setahun membolehkan Hino mengeluarkan rangkaian penuh produk syarikat itu yang merangkumi trak tugasan ringan, sederhana dan berat, serta bas untuk pasaran tempatan.

(L-R) MBMR Bhd Grp MD Looi Kok Loon, MBMR Chairman Dato' Abdul Rahim Abdul Halim, UMW Toyota Motor Sdn Bhd Dpty Chairman Datuk Takashi Hibi & Hino Motors Manufacturing Malaysia MD Ikuo Shibano

Ikuo berkata, pelancaran kilang pertama di Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen HINO untuk memenuhi permintaan pelanggan tempatan. Menurutnya, HINO berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama kenderaan komersil paling laris negara ini pada 2013.

"Produk HINO antara paling canggih dari segi teknologi di pasaran Malaysia. Ia jenama kenderaan komersil pertama menawarkan transmisi automatik dan pilihan kabin dengan enam tempat duduk untuk LCV pacuan enam roda, " kata Ikuo lagi.

Maklumat lanjut mengenai produk HINO di Malaysia, layari www.hino.com.my.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: HINO, HINO 300 Series, Hino Malaysia, Sendayan TechValley

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my