Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hilux Bertembung Iswara di Kota Kinabalu, Tiga Maut Termasuk Wanita Hamil, Bayi 5 Bulan
Auto Terkini

Hilux Bertembung Iswara di Kota Kinabalu, Tiga Maut Termasuk Wanita Hamil, Bayi 5 Bulan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG wanita hamil maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan dekat Jejambat Bukit Padang, Jalan Lintas, Kota Kinabalu, Sabah awal pagi tadi.

Insiden itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda (4×4) jenis Toyota Hilux dan sedan Proton Iswara.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan jam 3.58 pagi melalui talian MERS999 dan menggerakkan pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas ke lokasi kemalangan.

Komander Operasi, PBK II Selvister Yamud berkata, kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan bertembung. Kenyataan Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjelaskan;

Terdapat tiga orang mangsa yang berada dalam kereta Proton Iswara, iaitu dua wanita dewasa dan seorang lelaki dewasa dengan kesemuanya mengalami kecederaan parah.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan kesemua mangsa menggunakan peralatan khas.”

Mangsa wanita terlibat dipercayai hamil disahkan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  meninggal dunia di lokasi kejadian, dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Dua mangsa secera dihantar ke hospital menaiki jentera Unit EMRS dan ambulans KKM untuk rawatan lanjut. Sementara itu, pemandu Hilux, lelaki berumur 33 tahun dilaporkan selamat dan cuma cedera ringan.

Portal Sabah.Kupikupifm melaporkan, mangsa wanita hamil ialah Asmidah Junaidi yang duduk di kerusi penumpang depan, manakala dua mangsa lagi ialah anak dan anak saudara lelakinya berusia 5 bulan. Kedua-duanya meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).

Menurut polis pula, Iswara tersebut dinaiki sembilan penumpang, termasuk dua bayi kembar, dan tiga kanak-kanak. Mangsa lain turut parah dan kini dirawat di HQEII.

Polis mendakwa pemandu Hilux gagal mengawal kenderaan dan memandu secara berbahaya. Spesimen darah turut diambil untuk analisis kandungan alkohol.

SUMBER: Sabah.kupikupifm | JBPM Malaysia

Asmidah Junaidi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah kemalangan maut Kemalangan Sabah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Proton Iswara Selvister Yamud Toyota Hilux
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.