• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Hercules W2000 – Sportbike Enjin Rotari Akan Dilelong Mei Ini

Hercules W2000 - Sportbike Enjin Rotari Akan Dilelong Mei Ini

April 6, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

FacebookTwitter


ACARA lelongan ialah lokasi terbaik buat peminat motosikal untuk menemui pelbagai model berstatus langka (rare). Contohnya Hercules W2000 buatan 1977 ini yang dipacu enjin Wankel jenis rotari.

Jurutera dari Jerman, Felix Wankel mula menghasilkan konsep enjin rotari petama lewat 1920-30-an. Bagaimanapun, pembangunan praktikal cuma bermula selepas Perang Dunia Kedua berakhir.

fichtel-and-sachs-logo
felix-wankel

Pada Februari 1957, Wankel menyiapkan satu prototaip, tetapi masih belum sempurna untuk dijadikan model pengeluaran. Pada masa sama, beberapa syarikat membeli lesen untuk membangunkan dan mengeluarkan rekacipta Felix, termasuk firma Fitchel & Sachs (F&S).

F&S ialah syarikat yang pakar dalam bidang perindustrian, marin dan enjin agrikultur. Pada 1963, F&S mengambil alih syarikat motosikal Hercules yang dianggap sebagai keputusan bijak kerana jenama Jerman itu itu sudah menggunakan enjin F&S.

BACA >>> Harga Lelong Motosikal Lumba Klasik Ini Cecah RM3.59 Juta! (Hobi Kami Mahal)

Wanker 12
Wanker 10

Langkah seterusnya adalah penggabungan syarikat yang membawa kepada pengenalan model Hercules W2000 sempena Pameran Motosikal West Cologne Autumn 1970.

W2000 dijana enjin Wankel 294cc penyejukan udara berkuasa 27hp. Apa yang menjadikan model berkenaan menarik adalah penggunaan sistem transmisi 4-kelajuan dan aci pacu (drive shaft) milik BMW R 27.

W2000 akhirnya menjengah bilik pameran pada 1974 sebagai model transmisi 5-kelajuan dengan pacuan rantai. Bagaimanapun, model tersebut gagal di pasaran disebabkan masalah yang berpunca daripada syarikat insurans. Ini kerana banyak syarikat insurans kurang faham mengenai enjin rotari apabila meletakkan model itu sebagai motosikal bersesaran 882cc dengan mengira setiap kebuk dalam enjin (294cc x 3 kebuk). Faktanya, kebuk pembakaran enjin cuma 294cc.

Wanker 5
Wanker 2
Wanker 3
Wanker 4
Wanker 7

Salah faham tersebut menyebabkan kos insurans W2000 sangat mahal untuk dimiliki orang kebanyakan, dan terpaksa beralih kepada motosikal lain yang lebih mampu milik. Kesannya, F&S cuma menghasilkan 1,784 unit model itu sebelum menamatkan pengeluaran pada 1977. Bilangan terhad itu menjadikan model berkenaan sebagai antara motosikal paling diburu pengumpul koleksi.

Kini, syarikat insurans sudah lebih bijak dan mula faham mengenai fungsi enjin rotari, sekali gus merendahkan kos insurans. Unit motosikal W2000 yang akan dilelong ini adalah model 1977 dengan enjin berkuasa 32hp dan rekod perbatuan baru saja 13,760km.

Acara lelongan RM Sotheby's akan berlangsung dua hari bermula 1 Me ini di bandar Elkhart, Indiana di Amerika Syarikat.

BACA >>> Motosikal Perang Nazi Jerman Ini Dilelong Lebih RM200,000

GALERI
Wanker 2
Wanker 1
Wanker 3
Wanker 4
Wanker 5
Wanker 6
Wanker 8
Wanker 7
Wanker 10
Wanker 12
Wanker 9
Wanker 11

SUMBER: RM Sotheby's |Silodrome |RideApart

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW R 27, Enjin Rotari Wankel, Felix Wankel, Hercules W2000, lelong, Motosikal Lelong, RM Sotheby's, roda2

Comments

  1. Jan says

    April 10, 2020 at 9:37 PM

    teringat dulu Norton pernah keluarkan superbike enjin rotary. ganas sound dia, macam race car mazda.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my