Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Helmet: Open Face vs Full Face, Mana Lebih Selamat?
Aksesori

Helmet: Open Face vs Full Face, Mana Lebih Selamat?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SESETENGAH penunggang memakai helmet muka terbuka (open face) kerana gaya hidup. Motosikal seperti Harley-Davidson, dan Triumph memanh sekian lama terkenal dengan imej helmet open face yang secara langsung melambangkan jenama motosikal itu dengan kebebasan.

Di Malaysia dan negara Asean lain, helmet open face menjadi pilihan kerana praktikaliti. Helmet jenis itu lebih mudah dicapai dan dipakai, juga ringan diusung ke mana-mana selain berharga murah berbanding helmet muka penuh (full face). Helmet open face sangat popular di kalangan penunggang kapcai dan skuter.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tip Memilih Helmet yang Betul?

Pemakaian helmet open face di kalangan penunggang kapcai Malaysia bolehlah disamakan dengan budaya Harley dan Triumph. Tetapi bukanlah disebabkan trend atau pop culture, sebaliknya lebih kepada perasaan stigma yang membuatkan mereka segan dan malu. Maklumlah motosikal yang ditunggang cuma kapcai dan bukan sportbike atau motor besar.

Tetapi berbeza pula di Indonesia, kerana penunggang kapcai di sana tidak segan silu memakai helmet full face. Walaupun tidak ramai, tetapi melihat penunggang kapcai dengan helmet full face di sana tidak lagi jadi perkara pelik dan melucukan.

Helmet open face memang nampak bergaya dari segi gaya, tetapi bahagian signifikan daripada ‘imej’ itu ialah impak kemalangan. Ini kerana memang ada kajian membuktikan helmet open face kurang memberikan perlindungan optimum berbanding helmet full face.

Rata-rata penunggang sudah tahu dan ramai sebenarnya mampu membeli helmet full face, tetapi tetap mahu mementingkan hal penampilan dan praktikaliti sebagai keutamaan berbanding keselamatan.

FULL FACE LEBIH SELAMAT?

Secara logik, helmet open face ialah tidak selamat seperti helmet full face; tetapi disebabkan tiada angka-angka tertentu didedahkan, penunggang motosikal secara mudah menyedapkan hati sendiri dengan mengatakan mereka sudah cukup bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan risiko.

Faktanya, kajian di bawah ini menunjukkan purata agihan sebenar zon impak ke atas helmet apabila kemalangan motosikal berlaku:

Bolehkah kita melihat di mana zon impak tertinggi? Ya, ia terletak sekitar kawasan dagu, iaitu 34.6 peratus daripada impak keseluruhan. Peratusan itu juga lebih 16 peratus daripada zon impak kedua tertinggi sekitar bahagian dahi (18.3 peratus).

Angka itu sendiri menjawab persoalan tentang sejauh mana helmet full face lebih selamat berbanding helmet open face. Malah, impak kecederaan meningkat kepada 44.5 peratus jika helmet open face itu tiada visor.

Ada satu kisah benar tentang penunggang basikal (daripada forum VintageBMX) mengenai helmet open face yang boleh dibuat pengajaran:

”Trey, bukan sebab saya mahu halang anda dapatkan helmet open face, tetapi inilah rupa saya pada hari akhir selepas saya pakai helmet itu. Helmet Echo dengan gad mulut Haro baharu.

“Gad mulut itu melorot di bawah dagu dan cermin mata calarkan pipi saya. Paling penting, hanya muka luka, tetapi saya dapat 13 jahitan untuk menutup beberapa lubang akibat cermin mata itu.

“Saya cadangkan helmet full face yang mana sebelum nahas, saya tidak akan cakap hal ini.”

BACA >>> #Videotomotif: Kepala Digilis Lori, Mujurlah Helmet Selamatkan Nyawa

Kesimpulan tentang artikel kali ini ialah:

  • Helmet mengurangkan risiko kecederaan kepala hingga 69 peratus dalam kemalangan.
  • Helmet dianggarkan mengurangkan risiko kematian dalam kemalangan motosikal sebanyak 37 peratus.
  • Kecederaan otak traumatik ialah punca utama kematian dalam nahas motosikal.
  • Walaupun tidak membawa maut, kesan kecederaan kepala boleh menyebabkan tempoh pemulihan sepanjang hayat dan trauma teruk kepada mereka yang terlibat.
  • Kos rawatan kecederaan otak traumatik teruk ialah 13 kali lebih banyak berbanding kecederaan bukan otak.
  • Penunggang tanpa helmet ialah 40 peratus lebih cenderung maut akibat kecederaan kepala berbanding penunggang yang memakai helmet.

SUMBER: TeamBHP

aksesori autotainment helmet helmet full face Helmet Open Face roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.