Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

SyafieBy Syafie08/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LS2 OF628 Compass

JENAMA kelengkapan penunggang global, LS2 memperkenalkan helmet muka terbuka (open face) terbaharu, LS2 OF628 Compass, yang direka khas untuk kegunaan harian dengan penekanan terhadap keselesaan, keselamatan dan nilai mampu milik.

Helmet itu tampil moden dengan pensijilan keselamatan terkini ECE R22.06, sistem pengudaraan lengkap dan visor matahari terbina dalam, yang menjadikannya sesuai untuk penunggang bandar dan tunggangan santai jarak dekat.

Rekabentuk Moden, Praktikal

LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass

LS2 OF628 Compass menggunakan rekabentuk muka terbuka (open-face) dengan visor lut sinar penuh bagi perlindungan muka, dan visor matahari dalaman untuk mengurangkan silau ketika menunggang siang.

Struktur Produk, Sistem Pengudaraan

Berdasarkan rajah struktur produk, LS2 OF628 Compass dilengkapi:

  • Saluran udara bahagian atas
  • Aliran keluar udara di belakang
  • Visor lut sinar depan
  • Visor dalaman gelap
  • Suis kawalan visor dalaman
  • Lapisan penyerap hentakan
  • Lapik dalaman selesa dan boleh tanggal

Gabungan itu membantu meningkatkan aliran udara dan keselesaan ketika tunggangan harian dalam cuaca panas Malaysia.

EPS, Saiz – Lebih Tepat, Lebih Selesa

LS2 OF628 Compass dibangunkan dalam:

  • Dua saiz:
    • M hingga XL
    • 2XL hingga 4XL
  • Lima saiz EPS berbeza untuk padanan kepala lebih tepat
  • Enam jenis lapik dalaman dan dua saiz pad pipi (cheek pad)

Pendekatan itu memastikan helmet lebih kemas, stabil dan selesa dipakai dalam tempoh lama.

Pensijilan Keselamatan ECE R22.06

LS2 OF628 Compass menerima pensijilan ECE R22.06, iaitu piawaian keselamatan terkini Eropah yang lebih ketat, melibatkan ujian impak, kestabilan dan perlindungan menyeluruh berbanding standard terdahulu.

Harga Rasmi Malaysia

LS2 OF628 Compass

Harga disyorkan untuk LS2 OF628 Compass:

  • Plain: RM388.00
  • Design: RM399.00

Helmet LS2 OF628 Compass kini boleh didapati di pengedar sah LS2 terpilih seluruh Malaysia.

Harga Kompetitif untuk Helmet Muka Terbuka

Dengan pensijilan ECE 22.06, visor matahari terbina dalam, sistem pengudaraan lengkap dan harga bawah RM400, LS2 OF628 Compass muncul sebagai antara helmet muka terbuka paling berbaloi untuk penunggang harian.

Ia sesuai untuk penunggang bandar yang mahukan helmet yang selesa, praktikal dan memenuhi piawaian keselamatan terkini.

LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass
LS2 OF628 Compass
Auto Terkini Helmet OF628 Compass LS2 Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.