• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson Cari Pengedar Baharu Selepas Sedekad Bersama Naza Prestige

Harley-Davidson Cari Pengedar Baharu Selepas Sedekad Bersama Naza Prestige

September 26, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARLEY-Davidson semalam mengumumkan tidak lagi berada di bawah edaran rasmi Naza Prestige Bikes Sdn Bhd untuk pasaran Malaysia. Pengumuman tersebut dibuat selepas berakhirnya perjanjian selama sedekad dengan pengedar tempatan tersebut.

Menurut kenyataan rasmi Harley Davidson, pengeluar motosikal dari Amerika Syarikat (AS) itu kini berhasrat menggandakan jumlah jualan antarabangsa sebanyak 50 peratus. Justeru, rakan kongsi baharu diperlukan untuk merealisasikan cita-cita berkenaan.

Pengarah Urusan Harley-Davidson di China, India dan pasaran membangun Asia, Peter Mackenzie merakamkan penghargaan kepada Naza Prestige Sdn Bhd atas kerjasama yang terjalin selama ini.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Naza Prestige Sdn Bhd atas kerjasama hampir sedekad ini, termasuk kejayaan membina bilangan pelanggan yang setia."

Bagaimana pula dengan pemilik sedia ada Harley-Davidson?

Berasaskan maklum balas pertanyaan yang diajukan di laman Facebook Harley-Davidson Asia, pengeluar dari AS itu memaklumkan pihaknya kini dalam proses mencari rakan rasmi dalam usaha menambah pusat pengedaran baharu.

Harley-Davidson juga memberi jaminan bahawa pelanggan sedia ada masih boleh menghantar motosikal mereka di mana-mana pusat baharu yang bakal dibuka nanti. Sementara itu, waranti yang diberikan ketika membeli motosikal dengan Naza Prestige juga bakal ditanggung pengedar baharu nanti.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected]

Kredit foto: FB Harley-Davidson Asia
191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Harley-Davidson, NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd, Naza Prestige Sdn. Bhd., roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my