• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harimau Malaya Positif Covid-19 di Zoo Bronx, New York

Harimau Malaya Positif Covid-19 di Zoo Bronx, New York

April 6, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


SEEKOR Harimau Malaya di Zoo Bronx di Bandar Raya New York didapati positif Covid-19 selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang dijangkiti virus tersebut.

Harimau Malaya bernama Nadia itu baru berusia empat tahun dan kini sedang menjalani ujian pemeriksaan selepas dikesan mengalami batuk kering dan penurunan selera makan, menurut pengendali zoo, Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) dalam kenyataan semalam.

BACA >>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta

Nadia (depan) bersama Azul dalam kurungan di Zoo Bronx, New York.

Hasil ujian positif itu disahkan Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan di bawah Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA), Iowa. WCS mendakwa ada enam kucing besar di zoo tersebut yang menunjukkan kemungkinan positif Covid-19, iaitu Azul (adik Nadia), dua harimau Amur (harimau siberia) dan tiga singa Afrika.

Menurut WCS lagi, semua spesies kucing besar itu mendapat jangkitan daripada seorang penjaga yang positif Covid-19. Bagaimanapun, penjaga berkenaan masih belum menunjukkan sebarang gejala jangkitan setakat ini.

harimau covid

Semua haiwan dijangkiti itu dijangka pulih tidak lama lagi dan setakat ini tiada bukti menunjukkan ia boleh memindahkan virus tersebut kepada manusia. Zoo Bronx ditutup sementara sejak 16 Mac lalu.

Bandar Raya New York adalah antara lokasi paling teruk dilanda Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan lebih 67,500 kes dengan 2,624 kematian sehingga petang semalam.

BACA >>> #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia

SUMBER: DailyMail| WCS

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Covid-19, Harimau, Harimau Malaya, Harimau Malaya Positif Covid-19, New York, Wildlife Conservation Society (WCS), Zoo, Zoo Bronx New York

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my