BERMULA esok (12/09), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 5 sen, manakala diesel pula turun sebanyak 6 sen berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 12 hingga 18 September 2020.
Ini bermakna harga bahan api RON95 turun daripada RM1.71 seliter kepada RM1.66 seliter. Harga RON97 pula turun daripada RM2.01 seliter kepada RM1.96 seliter, minggu lalu. Harga diesel juga turun daripada RM1.78 seliter kepada RM1.72.
SENARAI HARGA MINYAK [12/09/20 - 18/09/20]
- RON95: RM1.66/liter (turun 5 sen)
- RON97: RM1.96/liter (turun 5 sen)
- Diesel: RM1.72/liter (turun 6 sen)
BACA >>> RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
BACA >>> Video Honda City RS 'Tapau' Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!
Leave a Reply