BERIKUT ialah harga minyak yang akan berkuatkuasa bermula 30/03/2017 hingga 05/04/2017:
- RON95: RM2.13 (turun 17 sen)
- RON97: RM2.41 (turun 19 sen)
- Diesel: RM2.11 (turun 9 sen)
- Diesel Euro5: RM2.21
SEPERTI semua sedia maklum, harga minyak bermula esok akan dinilai setiap seminggu sekali, iaitu setiap Rabu. Sebagai makluman, semakan harga minyak adalah mengikut cara pengiraan terdahulu dan tiada penetapan harga siling seperti diuar-uarkan. Cuma pengumuman harga minyak diumumkan setiap minggu.
Menurut sumber kami, yang dikenali sebagai Djar the Petrolman, belum ada sebarang tanda bahawa harga siling akan dibuat dalam masa terdekat selepas mengambil kira aduan daripada pihak pengusaha stesen minyak. Justeru, penyelesaian terbaik setakat ini ialah mengikut pengiraan harga minyak sedia ada, iaitu berasaskan harga pasaran minyak semasa.
Leave a Reply